The
training for Particle Size Analyzer had been conducted for one day at Makmal
Instrumentasi Makanan. The training had been given by Mr. Jonathan Wong Eu Hann
from DKSH Technology Sdn Bhd. The training session covers the basic of particle
sizing, principle of laser diffraction and obtaining and also understanding
size distribution. The courses also cover on the method screening specifically
wet measurements. For practical session, the students and staffs had been
introduced to hardware and software of the instrument, sample measurement and
data interpretation.
Particle
size analyser used to analyse the size distribution of particles in given
sample. The sample can be in form of solid materials, suspensions, emulsions
and even aerosols. There are many methods developed to measure particle size.
Some methods can be used for wide range of sample but some methods are only
applicable to specific samples. Therefore, it is important to choose the right
method to get the desirable results.
Particle
size analysis is a very important test and is used for quality control in many
different industries including food and beverages industries. Many food
products exist in particulate form ranging from powders to emulsions,
suspensions and pellets. The size distribution of the particulates can affect
the taste, appearance, stability, processability, and functionality of the
final product. For example, particle size distribution affects the sensory
properties of ice creams, chocolates and ketchup, while the zeta potential of
particles helps determine the shelf life of baby food and other liquid and
“soft solid” products. Particle sizing for powders, emulsions and suspensions
used in foods and beverages can be analyzed using dynamic light scattering,
laser diffraction or the Coulter Principle, and zeta potential can be
determined by electrophoretic light scattering. The storage and stability of
food are also strongly dependent on particle size. While powdered food items
can undergo caking, emulsions (e.g. milk) can have stability issues if the size
of lipid droplets is not tightly controlled. Particle size also strongly
affects the organoleptic properties of food items. Texture and mouthfeel play
pivotal roles in the acceptability of food products. As the human tongue is
capable of detecting particles of just a few microns in size, tweaking the size
of particles can have a big impact on product acceptance.
The
Mastersizer 3000E is highly regarded as the premier laser diffraction particle
size analysis instrument on the market for design, performance and software
user experience. It uses the technique of laser diffraction to measure the size
of particles. It does this by measuring the intensity of light scattered as a
laser beam passes through a dispersed particulate sample. This data is then
analysed to calculate the size of the particles that created the scattering
pattern.
A training of Alpha MOS electronic nose had
been conducted for two days at Makmal Instrumentasi Makanan. The training
sessions covers the application development guide which includes the objective
and scope of work of the application as well as sample preparation and how to
operate the instrument. The participants also had been educated about theory on
Heracles e-nose which is the working principle for the instrument.
The
electronic nose is a device that use to detect odour more effectively than the
human sense of smell. It is an intelligent sensing device that uses an array of
gas sensors which are overlapping selectively along with a pattern
reorganization component. These days, this instrument have provided external
benefits to many industries such as agriculture, biomedical, cosmetics,
environmental, food, water and other various research fields. Some of the
advantage of this device, it can detect the hazardous or poisonous gas which is
not possible to human sniffers. In addition, there is detection limits for
human nose for different gases.
At the end of the course, participants were
able to use the instrument as well as learnt how to perform basic maintenance
of the instrument.
Ts. Dr. Kamarul Rahim Bin Kamarudin menerima sijil serta dron setelah tamat kursus dua hari (9-10 September 2020) drone operator & lulus ujian-ujian simulasi dan lapangan di kampus UTHM cawangan Tanjung Laboh, Senggarang, Batu Pahat (PuMAS) yang juga dihadiri oleh peserta-peserta dari KESAS, QSR, Johor Port Berhad dan lain-lain. Dron diserahkan ke pihak fakulti FAST bagi tujuan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.
10 September 2020 – Ujian 1 – Ujian simulasi penerbangan dron.
10 September 2020 –Ujian 2 – Pengendalian dron di lapangan.
Berikutan jangkitan Covid 19 yang telah melanda negara kita ketika ini, Dekan Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi, Prof Madya Kamarulzaki telah mencetuskan idea agar dibangunkan produk “Hand Sanitizer” bagi kegunaan kakitangan dan pelajar fakulti. Projek yang berlangsung ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2 ini dilaksanakan oleh kakitangan akademik dan kakitangan sokongan Jabatan Teknologi dan Sumber Semulajadi diketuai oleh Prof Madya Dr Alona selaku Ketua Jabatan.
Produk yang diformulasikan mengikut piawaian WHO ini didatangkan dengan (3) variasi yang terdiri daripada campuran minyak pati calamansi, serai wangi dan lemon. Produk ini turut dipamerkan sempena lawatan YB Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Noraini Ahmad ke Hab Pendidikan Tinggi Pagoh pada 29 Jun 2020 dan mendapat respon positif. Selain itu, produk yang turut diedarkan kepada kakitangan juga pelajar juga mempunyai peminat tersendiri berikutan produk yang dihasilkan berbeza daripada yang telah sedia ada di pasaran.
Pada 24 Ogos 2020, satu mesyuarat khas telah diadakan bagi membincangkan pembangunan program Sarjana Eksekutif Jaminan Kualiti Makanan Halal di antara Panel Teknologi Makanan bersama Mega Jati Academy Sdn Bhd bertempat di Bilik Mesyuarat 5, Bangunan Blok A UTHM Pagoh. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dekan Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), Prof Dr Hashim Saim turut disertai Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa juga Timbalan Dekan Penyelidikan, Pembangunan dan Penerbitan FAST juga Pengarah Pusat Pendidikan Berterusan, Prof. Madya Ts. Dr. Musli Mohammad.
Mesyuarat ini merupakan lanjutan daripada beberapa siri mesyuarat sebelum ini bagi memperhalusi modul pelaksanaan program, yuran juga bentuk pelaksaan program tersebut. Mesyuarat yang berlangsung selama 3 jam telah menemui beberapa kata sepakat yang mana input tersebut penting bagi diperhalusi untuk perincian MOA yang dijangkakan akan ditandatangani pada masa terdekat.
Program gotong-royong
dibawah Panel Kimia, Jabatan Fizik dan Kimia telah berjaya dilaksanakan pada 4
Februari 2020 (Selasa) di Makmal Kimia Gunasama 3 dan 4, Tingkat 3, Blok J,
UTHM Kampus Pagoh. Objektif gotong-royong ini diadakan adalah untuk membersihkan
kawasan makmal untuk keselesaan proses pengajaran dan pembelajaran parasiswazah
dengan persekitaran makmal yang lebih bersih dan selamat. Disamping memberi
keselesaan, ia juga bertujuan untuk memudahkan pihak pengurusan makmal dan
fakulti membuat pemantauan keselamatan di kawasan makmal tersebut. Program ini
telah dijayakan dengan bantuan tenaga staf pelaksana dibawah Jabatan Fizik dan
Kimia, juga dibantu secara sukarela oleh beberapa staf daripada Jabatan Sains,
Pusat Pengajian Diploma. Komitmen yang diberikan oleh mereka amat
dihargai.
Program telah dilaksanakan pada:
Tarikh : 04 Februari 2020
Masa :
09.00 pagi
Tempat
: Makmal Kimia Gunasama 3 dan 4, Tingkat 3, Blok J, UTHM Kampus Pagoh.
Pada 12 March 2020 (Khamis) yang lalu, seramai 34 orang pelajar Tahun Dua daripada Program Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Makanan)
Dengan Kepujian, Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi dibawah bimbingan ChM. Dr.
Norhayati binti Muhammad telah berpeluang mengikuti aktiviti amali
penyembelihan ayam dan burung puyuh. Program
ini telah diadakan di Makmal Teknologi Bakeri, Snek dan Konfeksionari, Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh bermula pada 9.00 pagi hingga 3
petang.
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk
memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar-pelajar mengenai cara
penyembelihan yang betul serta berkaitan dengan hukum penyembelihan mengikut
syarak. Di samping itu, program amali ini juga dianjurkan bagi melengkapi salah satu objektif pembelajaran bagi
kursus Makanan Halal (BWD 20703).
Antara pengisian program ini adalah ceramah ringkas mengenai “Konsep Penyembelihan mengikut Hukum Syarak” oleh Ustaz Kamal Izhar bin Kamarul Zaman, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan. Setelah ceramah selesai, taklimat ringkas mengenai kaedah penyembelihan serta praktikal yang turut disampaikan dan dibantu oleh Encik Abu Hanifah bin A. Jalal dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan.
Fakulti mengambil inisiatif
mengadakan Seminar
Proses dan Pelaksanaan Outcome Based
Education (OBE) Dalam Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) bertujuan memantapkan
kefahaman OBE dalam kalangan staf FAST tentang pendekatan OBE dalam P&P sekaligus
pencerahan kepada permasalahan sepanjang perlaksanaan P&P bermula 2012
hingga 2019. Melalui program ini juga, soalan-soalan yang dijangkakan semasa
proses Audit MQA yang sebenar akan dibincangkan hasil pengalaman beliau sebagai
salah seorang juruaudit MQA. Selain itu, penceramah yang diundang berpengalaman
luas dalam mengurus tadbir isu-isu berkaitan OBE. Kehadiran staf akademik amat
menggalakkan. Seminar ini diadakan pada:
Tarikh/Hari : 06 hb Februari 2020/Khamis
Masa : 10.00 pagi – 3.30 petang
Tempat : Bilik Seminar 1, Aras 1, UTHM Kampus Pagoh
Objektif bagi program ini ialah:
Memberi pendedahan kepada staf akademik berkaitan kepentingan melaksanakan
proses OBE yang betul bagi memastikan objektif OBE dapat dicapai.
Menyegar
dan memantap kefahaman staf akademik FAST terhadap pelaksanaan P&P
menggunakan pendekatan OBE.
Memberi ruang kepada para staf akademik dan penceramah untuk membincangkan
segala permasalahan berkaitan OBE dalam pelaksanaan P&P.
Memberi peluang kepada staf akademik mengaplikasi pengetahuan yang
diperolehi semasa sesi seminar di dalam pelaksanaan P&P.
Memastikan staf akademik bersedia apabila proses audit berlangsung dari
masa ke semasa.
Fakulti mengambil inisiatif
mengadakan taklimat OBE untuk tujuan memantapkan kefahaman OBE dalam kalangan
staf FAST terutamanya staf baharu
tentang pendekatan OBE dalam P&P sekaligus pencerahan kepada permasalahan
sepanjang P&P bermula 2012 hingga 2019. Melalui program ini juga,
soalan-soalan yang dijangkakan dalam Audit MQA yang sebenar telah dibincangkan.Kehadiran
staf baharu fakulti amat menggalakkan. Bengkel ini diadakan pada:
Tarikh/Hari : 03 hb Februari 2020/Isnin
Masa : 2.00 – 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar 1, Aras 1, UTHM Kampus Pagoh
Objektif bagi program ini ialah:
Memberi pendedahan kepada staf baharu tentang kepentingan OBE dan
perkaitannya dalam pelaksanaan P&P.
Menyegar
dan memantap kefahaman staf baharu terhadap pelaksanaan P&P dengan
pendekatan OBE.
Mengaplikasi pengetahuan yang diperolehi berkaitan OBE di dalam penyediaan
dokumen perancangan kuliah
Mendapat pencerahan terhadap segala permasalahan berkaitan OBE sepanjang
P&P 2012-2019.