Mesyuarat Khas Bersama Mega Jati Academy Sdn Bhd Bagi Pelaksanaan Program Sarjana Eksekutif Jaminan Kualiti Makanan Halal

Pada 24 Ogos 2020, satu mesyuarat khas telah diadakan bagi membincangkan pembangunan program Sarjana Eksekutif Jaminan Kualiti Makanan Halal di antara Panel Teknologi Makanan bersama Mega Jati Academy Sdn Bhd bertempat di Bilik Mesyuarat 5, Bangunan Blok A UTHM Pagoh. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dekan Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), Prof Dr Hashim Saim turut disertai Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa juga Timbalan Dekan Penyelidikan, Pembangunan dan Penerbitan FAST juga Pengarah Pusat Pendidikan Berterusan, Prof. Madya Ts. Dr. Musli Mohammad.

Mesyuarat ini merupakan lanjutan daripada beberapa siri mesyuarat sebelum ini bagi memperhalusi modul pelaksanaan program, yuran juga bentuk pelaksaan program tersebut. Mesyuarat yang berlangsung selama 3 jam telah menemui beberapa kata sepakat yang mana input tersebut penting bagi diperhalusi untuk perincian MOA yang dijangkakan akan ditandatangani pada masa terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × 1 =

Contact Us

For any enquiries, please feel free to contact us by sending an email to fast@uthm.edu.my

Address: Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi, UTHM Kampus Pagoh, KM1, Jln Panchor, 84600 Muar, Johor


© 2020 Faculty of Applied Sciences and Technology, UTHM.  Last updated: 07 July 2020