Skip to main content
Official Portal of
Faculty of Applied Sciences and Technology

Pembangunan Produk “Hand Sanitizer”

Berikutan jangkitan Covid 19 yang telah melanda negara kita ketika ini, Dekan Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi, Prof Madya Kamarulzaki telah mencetuskan idea agar dibangunkan produk “Hand Sanitizer” bagi kegunaan kakitangan dan pelajar fakulti. Projek yang berlangsung ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2 ini dilaksanakan oleh kakitangan akademik dan kakitangan sokongan Jabatan Teknologi dan Sumber Semulajadi diketuai oleh Prof Madya Dr Alona selaku Ketua Jabatan.

Produk yang diformulasikan mengikut piawaian WHO ini didatangkan dengan (3) variasi yang terdiri daripada campuran minyak pati calamansi, serai wangi dan lemon. Produk ini turut dipamerkan sempena lawatan YB Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Noraini Ahmad ke Hab Pendidikan Tinggi Pagoh pada 29 Jun 2020 dan mendapat respon positif. Selain itu, produk yang turut diedarkan kepada kakitangan juga pelajar juga mempunyai peminat tersendiri berikutan produk yang dihasilkan berbeza daripada yang telah sedia ada di pasaran.

Translate »