Gotong-Royong Makmal Kimia Gunasama 3 dan 4, Jabatan Fizik dan Kimia, Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi

Program gotong-royong dibawah Panel Kimia, Jabatan Fizik dan Kimia telah berjaya dilaksanakan pada 4 Februari 2020 (Selasa) di Makmal Kimia Gunasama 3 dan 4, Tingkat 3, Blok J, UTHM Kampus Pagoh. Objektif gotong-royong ini diadakan adalah untuk membersihkan kawasan makmal untuk keselesaan proses pengajaran dan pembelajaran parasiswazah dengan persekitaran makmal yang lebih bersih dan selamat. Disamping memberi keselesaan, ia juga bertujuan untuk memudahkan pihak pengurusan makmal dan fakulti membuat pemantauan keselamatan di kawasan makmal tersebut. Program ini telah dijayakan dengan bantuan tenaga staf pelaksana dibawah Jabatan Fizik dan Kimia, juga dibantu secara sukarela oleh beberapa staf daripada Jabatan Sains, Pusat Pengajian Diploma. Komitmen yang diberikan oleh mereka amat dihargai. 

Program telah dilaksanakan pada:

Tarikh    : 04 Februari 2020

Masa     :  09.00 pagi

Tempat : Makmal Kimia Gunasama 3 dan 4, Tingkat 3, Blok J, UTHM  Kampus Pagoh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen − fifteen =

Contact Us

For any enquiries, please feel free to contact us by sending an email to fast@uthm.edu.my

Address: Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi, UTHM Kampus Pagoh, KM1, Jln Panchor, 84600 Muar, Johor


© 2020 Faculty of Applied Sciences and Technology, UTHM.  Last updated: 07 July 2020