Aktiviti Pemyembelihan Ayam Halal Oleh Pelajar Tahun Dua Program Teknologi Makanan

Pada 12 March 2020 (Khamis) yang lalu, seramai 34 orang pelajar Tahun Dua daripada Program Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Makanan) Dengan Kepujian, Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi dibawah bimbingan ChM. Dr. Norhayati binti Muhammad telah berpeluang mengikuti aktiviti amali penyembelihan ayam dan burung puyuh. Program ini telah diadakan di Makmal Teknologi Bakeri, Snek dan Konfeksionari, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh bermula pada 9.00 pagi hingga 3 petang.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar-pelajar mengenai cara penyembelihan yang betul serta berkaitan dengan hukum penyembelihan mengikut syarak. Di samping itu, program amali ini juga dianjurkan bagi melengkapi salah satu objektif pembelajaran bagi kursus Makanan Halal (BWD 20703).

Antara pengisian program ini adalah ceramah ringkas mengenai “Konsep Penyembelihan mengikut Hukum Syarak” oleh Ustaz Kamal Izhar bin Kamarul Zaman,  Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan. Setelah ceramah selesai, taklimat ringkas mengenai kaedah penyembelihan serta praktikal yang turut disampaikan dan dibantu oleh Encik Abu Hanifah bin A. Jalal dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × 1 =

Contact Us

For any enquiries, please feel free to contact us by sending an email to fast@uthm.edu.my

Address: Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi, UTHM Kampus Pagoh, KM1, Jln Panchor, 84600 Muar, Johor


© 2020 Faculty of Applied Sciences and Technology, UTHM.