Skip to main content
Official Portal of
Faculty of Applied Sciences and Technology

Laporan Seminar Proses dan Pelaksanaan Outcome Based Education (OBE) Dalam Pembelajaran dan Pengajaran

Fakulti mengambil inisiatif mengadakan Seminar Proses dan Pelaksanaan Outcome Based Education (OBE) Dalam Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) bertujuan memantapkan kefahaman OBE dalam kalangan staf FAST tentang pendekatan OBE dalam P&P sekaligus pencerahan kepada permasalahan sepanjang perlaksanaan P&P bermula 2012 hingga 2019. Melalui program ini juga, soalan-soalan yang dijangkakan semasa proses Audit MQA yang sebenar akan dibincangkan hasil pengalaman beliau sebagai salah seorang juruaudit MQA. Selain itu, penceramah yang diundang berpengalaman luas dalam mengurus tadbir isu-isu berkaitan OBE. Kehadiran staf akademik amat menggalakkan. Seminar ini diadakan pada:

Tarikh/Hari                   :       06 hb Februari 2020/Khamis

Masa                           :       10.00 pagi – 3.30 petang

Tempat                          :       Bilik Seminar 1, Aras 1, UTHM Kampus Pagoh

Objektif bagi program ini ialah:

  1. Memberi pendedahan kepada staf akademik berkaitan kepentingan melaksanakan proses OBE yang betul bagi memastikan objektif OBE dapat dicapai.
  2. Menyegar dan memantap kefahaman staf akademik FAST terhadap pelaksanaan P&P menggunakan pendekatan OBE.
  3. Memberi ruang kepada para staf akademik dan penceramah untuk membincangkan segala permasalahan berkaitan OBE dalam pelaksanaan P&P.
  4. Memberi peluang kepada staf akademik mengaplikasi pengetahuan yang diperolehi semasa sesi seminar di dalam pelaksanaan P&P.
  5. Memastikan staf akademik bersedia apabila proses audit berlangsung dari masa ke semasa.
Translate »