Skip to main content
Official Portal of
Faculty of Applied Sciences and Technology

Laporan Taklimat Outcome Based Education (OBE) Bagi Staf Baharu

Fakulti mengambil inisiatif mengadakan taklimat OBE untuk tujuan memantapkan kefahaman OBE dalam kalangan staf FAST terutamanya staf baharu tentang pendekatan OBE dalam P&P sekaligus pencerahan kepada permasalahan sepanjang P&P bermula 2012 hingga 2019. Melalui program ini juga, soalan-soalan yang dijangkakan dalam Audit MQA yang sebenar telah dibincangkan.Kehadiran staf baharu fakulti amat menggalakkan. Bengkel ini diadakan pada:

Tarikh/Hari                   :       03 hb Februari 2020/Isnin

Masa                           :       2.00  – 5.00 petang

Tempat                          :       Bilik Seminar 1, Aras 1, UTHM Kampus Pagoh

Objektif bagi program ini ialah:

  1. Memberi pendedahan kepada staf baharu tentang kepentingan OBE dan perkaitannya dalam pelaksanaan P&P.
  2. Menyegar dan memantap kefahaman staf baharu terhadap pelaksanaan P&P dengan pendekatan OBE.
  3. Mengaplikasi pengetahuan yang diperolehi berkaitan OBE di dalam penyediaan dokumen perancangan kuliah
  4. Mendapat pencerahan terhadap segala permasalahan berkaitan OBE sepanjang P&P 2012-2019.
Translate »