Skip to main content
Official Portal of
Faculty of Applied Sciences and Technology

Siaran bersama IKIM.com

Pada 1 Februari 2024, Prof. Madya ChM. Dr Norhayati Binti Muhammad dari Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi, UTHM, telah dijemput ke sesi perbincangan ilmu slot Resolusi di radio IIKIM.fm. Tajuk yang telah disampaikan oleh Prof. Madya. ChM. Dr Norhayati Muhammad adalah “Pengeringan Tikar Berbusa: Teknik Alternatif Penghasilan Produk Serbuk”.

Dalam perbincangan tersebut, Prof. Madya. ChM. Dr Norhayati Muhammad, seorang pakar dalam bidang Teknologi Makanan dari Jabatan Teknologi dan Sumber Semulajadi, Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi, UTHM, membicarakan teknik alternatif pengeringan tikar berbusa untuk menghasilkan produk serbuk.

Di dalam perbincangan tersebut, fokus telah diberikan kepada definisi, kaedah dan aplikasi teknik pengeringan tersebut.

Teknik alternatif pengeringan tikar berbusa merupakan teknik pengeringan yang sesuai digunakan bagi menukarkan produk makanan berbentuk cecara sepenuhnya atau separa cecair kepada produk akhir berbentuk serbuk. Ia memerlukan kos lebih rendah dan tidak memerlukan kompetensi yang tinggi dalam mengendalikannya berbanding kaedah pengeringan semburan (spray drying) yang sering digunakan pada masa kini. Namun demikain, penggunaan suhu yang tidak terlalu tinggi (50-70°C) dan masa yang sekitar 3-4 jam sahaja mampu mengurangkan kehilangan nutrisi makanan. Justeru, penggunaan teknik ini adalah amat disarankan kepada pengusaha makanan di rumah (home-based), mikro atau kecil yang sedang atau bercadang untuk menghasilkan produk makanan berbentuk serbuk.

Perkongsian ilmu seperti ini memperkukuhkan peranan UTHM dalam menghasilkan profesional yang berdaya saing di sektor teknologi makanan. Hasil perkongsian ini tidak hanya memberi manfaat akademik tetapi juga menyumbang kepada eksplorasi ilmu pengetahuan kepada semua pendengar radio Ikim.

Slot ilmiah ini dibawa oleh kolaborasi di antara iSWAJ UTHM dan Ikim.com. Siaran tersebut boleh ditonton melalui pautan berikut : Slot Resolusi 1 Februari 2024

Tawaran Biasiwa International Student Exchange Programme

Tawaran biasiswa melalui  UI GREAT and UI SHINE Scholarship Programs oleh Universitas Indonesia (UI). Tawaran ini terbuka  kepada pelajar antarabangsa yang berminat untuk melanjutkan pengajian peringkat Sarjana (Master) atau program pertukaran pelajar (student exchange) di universiti berkenaan. Tarikh tutup permohonan adalah pada mulai 3 Mac 2024.

Permohonan melalui Pautan Berikut:

https://international.ui.ac.id/exchange/

Program Sains yang bersesuaian:

Pencapaian Cemerlang bagi Penerbitan Jurnal/ Proceeding/ Joint Publication Tahun 2023 FAST

Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga FAST di atas kejayaan cemerlang dalam penerbitan jurnal/proceeding/joint publication bagi tahun 2023

FAST telah mencapai 316% joint publication di peringkat kebangsaan, 268% di peringkat antarabangsa dan 44% bersama industri. Peratusan ini menunjukkan peningkatan kolaborasi dan mencerminkan semangat kerjasama yang luar biasa dalam kalangan warga FAST yang bersatu padu dalam usaha memajukan ilmu pengetahuan dan mengembangkan kepakaran dalam bidang masing-masing. Kejayaan demi kejayaan dalam penerbitan di FAST juga dapat dilihat bagi pencapaian Scopus Journal (102%), MyCITE (90%), Scopus Proceeding (83%), dan lain-lain penerbitan (149%).

Semoga kejayaan penerbitan ini akan terus ditingkatkan bagi tahun 2024 dan tahun seterusnya!

#FASTResearch

#FASTTerbit

#FASTJKPIF

#FASTCollaborate

Pelantikan Semula Dekan Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi

TAHNIAH diucapkan kepada PROF. MADYA DR. MOHAMAD ZAKY BIN NOH atas pelantikan semula sebagai Dekan, Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi berkuatkuasa mulai 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2025.

Semoga semua staf dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya dan sedia membantu dalam melancarkan urusan pengurusan pentadbiran dan akademik di fakulti.

Penyelam Tiram Terunggul Dunia

1 Januari 2024 – Liputan pembuka tahun baharu oleh Majalah 3 berkaitan projek penyelidikan tiram putih Muar yang melibatkan pelajar Program Sarjana Sains Mod Penyelidikan, Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), UTHM-Kampus (Cawangan Pagoh), Muar iaitu saudara Mohamad Qamarul Abidin Mohd Zawawi di bawah penyeliaan Ts. Gs. Dr. Kamarul Rahim Kamarudin.

Tiram Muar telah pun wujud sebelum bandar Muar dibuka iaitu pada tahun 1884, dan kehadiran hidupan akuatik ini di Muar telah mula direkodkan lebih 160 tahun lalu. Komuniti nelayan atau penyelam tiram di Pangkalan Nelayan Parit Tiram, Muar, Johor menyatakan terdapat dua jenis tiram di Muar iaitu tiram kapak dan tiram putih di mana tiram kapak lebih besar daripada tiram putih. Selain itu, tiram kapak mempunyai isi berwarna coklat manakala tiram putih mempunyai isi berwarna putih. Begitulah tiram putih mendapat namanya, dari warna isinya, dan ianya mendapat permintaan tinggi daripada pengusaha-pengusaha restoran makanan. Tiram biasanya boleh ditemui di perairan payau, dengan kedalaman 6 meter dan lebih. Terdapat begitu banyak tiram di Muar, di mana para nelayan boleh menangkap dan menjualnya setiap pagi.

Untuk berita selanjutnya boleh terus ke pautan berikut : https://www.youtube.com/watch?v=rM2eQrn1YrQ

Tahniah Penerima Geran FRGS & PRGS 2023

Setinggi-tinggi tahniah kepada tujuh (7) penerima geran Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) dan kepada satu-satunya penerima geran Prototype Research Grant Scheme (PRGS) di Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), UTHM bagi tahun 2023! 

Translate »