1 Januari 2024 – Liputan pembuka tahun baharu oleh Majalah 3 berkaitan projek penyelidikan tiram putih Muar yang melibatkan pelajar Program Sarjana Sains Mod Penyelidikan, Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), UTHM-Kampus (Cawangan Pagoh), Muar iaitu saudara Mohamad Qamarul Abidin Mohd Zawawi di bawah penyeliaan Ts. Gs. Dr. Kamarul Rahim Kamarudin.
Tiram Muar telah pun wujud sebelum bandar Muar dibuka iaitu pada tahun 1884, dan kehadiran hidupan akuatik ini di Muar telah mula direkodkan lebih 160 tahun lalu. Komuniti nelayan atau penyelam tiram di Pangkalan Nelayan Parit Tiram, Muar, Johor menyatakan terdapat dua jenis tiram di Muar iaitu tiram kapak dan tiram putih di mana tiram kapak lebih besar daripada tiram putih. Selain itu, tiram kapak mempunyai isi berwarna coklat manakala tiram putih mempunyai isi berwarna putih. Begitulah tiram putih mendapat namanya, dari warna isinya, dan ianya mendapat permintaan tinggi daripada pengusaha-pengusaha restoran makanan. Tiram biasanya boleh ditemui di perairan payau, dengan kedalaman 6 meter dan lebih. Terdapat begitu banyak tiram di Muar, di mana para nelayan boleh menangkap dan menjualnya setiap pagi.
Sukacita dimaklumkan bahawa Panel Bidang Teknologi Makanan akan mengadakan Kursus Pembuatan Aneka Nuget bersempena dengan program Food Intech 7.0 yang akan dijalankan pada bulan November ini
Terbuka kepada semua yang berminat untuk menyertai kursus pembuatan EMPAT (4) jenis aneka, seperti:
UTHM, FAST Postgraduate Chapter (FPC) is organizing a collaborative trekking program with Johor State Forestry Department to one of our unique places in Pagoh. Ayer Hitam Utara Forest Reserve is one of the key highlight areas located near UTHM Pagoh and is known as the last and largest peat swamp forest in Johor. Here is your chance to experience and visit one of the heritage sites in Johor.
ECO-TREKKING TO AYER HITAM UTARA FOREST RESERVE 14 NOVEMBER 2023
Open to all FAST Postgraduate Students. Food and e-cert will be provided. Limited to 35 participants only!
Bangkinang, info sumatra.com – Pengurusan dan ahli Persatuan Wartawan Indonesia (PWI) Daerah Kampar sekali lagi berbesar hati menerima kunjungan pelajar dan penyelia dari universiti pada Selasa (12/9/2023). Kali ini, PWI Kampar menerima lima pelajar dari Universiti Tun Hussein On Malaysia (UTHM) yang berpangkalan di Johor, Malaysia. Selain tetamu dari Malaysia, terdapat juga lima pelajar dari Universiti Pahlawan (UP) serta penyelia Dr. Hj. Molli Wahyuni, S.Si, M.Pd.
Kedatangan pelajar dari dua kampus yang berlainan dari dua negara jiran ini adalah dalam rangka program pertukaran pelajar antara kedua-dua kampus tersebut. Lima pelajar dari UTHM Malaysia adalah Nur Aina Umira, Nurul Haziqah, Muhammad Eyman Firdaus, Syahmi Mirza, dan Danial Hakim. Sementara itu, lima pelajar UP yang mengambil bahagian dalam program ini ialah Sumayyah Azzahro, Della Salvina, Al Ahzuri, Suzila, dan Adillah Azzahra. Kumpulan dari UP dan UTHM disambut oleh Ketua PWI Kampar, Akhir Yani, bersama dengan Ketua Bahagian Sukan Syawal (Kasi), Ketua Undang-Undang dan Pertahanan Wartawan, Defrizal, Ketua Hal Ehwal Sosial dan Agama, Gustika Rahman, dan Harisep Arno Putra, serta ahli-ahli PWI Kampar lainnya.
Dr. Hj. Molli Wahyuni, S.Si, MPd selaku pensyarah penyelia dalam program ini menyatakan bahawa aktiviti ini adalah dalam konteks kerjasama UP dengan aktiviti pertukaran pelajar UTHM yang akan diadakan pada 10-23 September 2023. Sementara itu, aktiviti di Malaysia termasuk kuliah bersama dengan pelajar UP untuk kursus Kaedah Numerik yang dirancang akan diadakan pada 21-29 Oktober 2023 dan akan dihadiri oleh lima pelajar UP di kampus UTHM Malaysia. Molli Wahyuni juga pergi ke Malaysia untuk menjadi pensyarah menulis artikel media massa, serta melakukan perbincangan penyelidikan dengan pensyarah UTHM Malaysia di Pagoh Johor.
Selama dua minggu di Kampar, lima pelajar UTHM ini, selain belajar di kampus UP, juga diundang untuk mengunjungi beberapa kawasan di Kabupaten Kampar, termasuk menikmati wisata kuliner khas Kampar dengan mencicipi ‘kupiek ndak batulang” di Kuok, wisata religi ke Masjid Jami’ di Pasar Usang, Air Tiris, wisata sejarah di Candi Muara Takus, wisata alam di Tepian Mahligai di Desa Pulau Gadang. “Hari ini, setelah berada di Masjid Jami’, kami pergi ke Candi Muara Takus, Desa Patin dan Tepian Mahligai,” jelas Molli kepada wartawan, Rabu (13/9/2023).
Tentang kunjungan ke urusetia PWI Kabupaten Kampar, Molli, yang juga menjabat di Dewan Penasihat PWI Kabupaten Kampar, mengatakan bahwa meskipun para pelajar ini berasal dari jurusan matematik, namun mahasiswa ini perlu mendapatkan maklumat berkenaan pelbagai aspek dalam bidang kewartawanan, terutamanya mengenai perkembangan media-media serta perkembangan sosial dalam masyarakat di Kabupaten Kampar, kerana wartawan aktif terlibat dalam meliput berbagai kegiatan di lapangan. “Dengan kunjungan ke PWI Kampar ini, diharapkan anak-anak kita dapat bertanya secara langsung kepada wartawan yang menjadi anggota PWI Kampar,” kata Molli.
Sementara itu, Ketua PWI Kabupaten Kampar, Akhir Yani, menyatakan rasa bangganya atas kedatangan para mahasiswa dari dua kampus dua negara ini. Pada kesempatan ini, Akhir Yani juga berbicara tentang beberapa hal terkait organisasi PWI yang telah didirikan sejak tahun 1946. Ia menjelaskan bahwa PWI berdiri seiring semangat perlawanan terhadap Agresi Militer Belanda di Indonesia. PWI telah menjadi organisasi profesi wartawan terbesar di Indonesia yang diakui oleh Dewan Pers dan memiliki kepengurusan di tingkat pusat, serta di seluruh provinsi dan kabupaten/kota di Indonesia.
Ketua PWI Kampar selama dua penggal ini mengatakan bahwa PWI Kampar mempunyai tanggungjawab untuk menyokong dunia pendidikan. Sumbangan tersebut boleh dilakukan dengan melaporkan secara positif mengenai bidang pendidikan dan menggalakkan masyarakat untuk mendorong pendidikan anak-anak mereka. “PWI Kampar juga sangat terbuka kepada mana-mana institusi pengajian tinggi. Kami telah beberapa kali menerima kunjungan daripada mahasiswa-mahasiswa dari beberapa institusi pengajian tinggi. Malah, kami juga telah menjalankan lawatan ke beberapa kampus dan memberikan latihan dalam bidang kewartawanan dan sosialisasi,” jelasnya. Beliau juga mendoakan agar program yang diperkenalkan antara UTHM dan UP berjalan dengan lancar, berjaya, dan para mahasiswa yang mengikuti program ini mencapai kejayaan.
Setinggi-tinggi tahniah kepada tujuh (7) penerima geran Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) dan kepada satu-satunya penerima geran Prototype Research Grant Scheme (PRGS) di Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), UTHM bagi tahun 2023!
Pelajar Teknologi Makanan UTHM Timba Pengalaman di International Summer Course, Universitas Bakrie, Indonesia
7-17 Ogos 2023: 10 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Makanan) dengan kepujian, Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi, UTHM telah menyertai program International Summer Camp di Universitas Bakrie, Jakarta Indonesia selama 11 hari. Program merupakan aktiviti untuk MoU UTHM-Universitas Bakrie di bawah seliaan Prof. Madya ChM. Dr. Norhayati Muhammad bagi pihak UTHM dan Dr. Kurnia Ramadhan bagi pihak Universitas Bakrie.
Program memberi pendedahan pada pelajar berkaitan analisis sensori makanan. Selain itu, analisis data menggunakan perisian seperti Microsoft Excel, XLSTAT, SPSS dan RStudio juga dikongsikan oleh Fasilitator dari Universitas Bakrie, selain pendedahan pada tren dan perkembangan terkini tentang analisis penyelidikan makanan dan pembangunan produk makan dalam industri. Para pelajar juga menjalani peperiksaan di akhir kursus dan dibawa melawat Indofood Fortuna Makmur yang merupakan industri makanan terkenal di Banten, yang merupakan pengeluar mi segera Indomie. Tahniah untuk para pelajar dan FAST, semoga program seumpama ini dapat diteruskan lagi demi kemenjadian pelajar untuk meneroka pengalaman berada di luar Malaysia.
Welcome to the Faculty of Applied Sciences and Technology! We have put together this Current Student page that includes all of the information you need to succeed in your studies. As you progress through your degree, you will find useful information here, from enrolment to study abroad and term dates. You need to take responsibility for your course mapping so you can graduate on time. We will support you with good resources.
Lawatan kerja rasmi dan kunjungan hormat dari FMIPA yang diwakili oleh Dr. apt. Bina Lohita Sari,M. Farm., Dr. Fitria Virgantari, M.Si., apt. Erni Rustiani, M.Farm., Yulian Syahputri, S.Si., M.Si., Siti Warnasih, M.Si., S.Si., dan Muhammad Fathurrahmann, S.Pd., M.Si. lebih menfokuskan kepada perbincangan berkenaan pelaksanaan mobiliti berkredit untuk program Matematik dan Kimia.
Diharapkan kerjasama akademik ini dapat diteruskan bagi memanfaatkan pelajar-pelajar UNPAK dan UTHM.
Kursus Microsoft Office Excel Beginner telah berjaya diadakan pada 11 Julai 2023 kepada 25 orang guru dan kaunselor dari sekolah-sekolah sekitar daerah Muar. Kursus dianjurkan oleh Akademik Intelek Data Analitik (AI.DA) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Muar, yang diwakili oleh Puan Siti Erma Abu Bakar, Penolong PPD (Perancangan).
Tahniah kepada urusetia dan tenaga pengajar terdiri daripada Prof. Madya Dr. Hamizah Mohd Safuan, Dr. Sabariah Saharan, Dr. Norhaidah Mohd Asrah, En. Lee Siaw Chong dan Prof. Madya Dr. Fazlina Aman serta dibantu oleh mahasiswa Tahun 2 dan 3 dari program Matematik Teknologi dan Statistik Industri iaitu Saudari Jacqueline Low Yun Zhi, Tan Hui Man, Sharmila Sri Balasubramaniam dan Saudara Norsyahmirul Amin Bin Ruzlan.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.
Kerja Lapangan Pelajar Tahun 2 Sarjana Muda Sains (Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan) dengan Kepujian, 2BWW ke Taman Alam, Kuala Selangor telah berjaya dijalankan pada 6 hingga 7 Julai 2023. Seramai 48 orang pelajar tahun 2 program Sarjana Muda Sains (Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan) dengan Kepujian telah menyertai program ini dibawah bimbingan Dr Yap Jing Wei.
Objektif utama kerja lapangan ini diadakan bertujuan mendedahkan pelajar program ljazah Sarjana Muda Sains (Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan) dengan Kepujian kepada habitat semulajadi bagi memastikan pemahaman yang holistik terhadap pemuliharaan biologi, kesan perubahan alam sekitar kepada biodiversiti, kemajuan teknologi biologi molekul, ekologidaratan dan akuatik.
Perkara ini juga adalah penting bagi memastikan pelajar mampu menterjemahkan pengetahuan dan teori yang diperolehi di dalam kelas kepada perlaksanaan dan mengaplikasinya di lapangan.
Sehubungan dengan itu diharapkan program ini mampu memberi pendedahan awal dan pengetahuan kepada pelajar dengan lebih mendalam melalui proses yang dijalankan dalam industri ini serta dapat dipraktikkan pada masa hadapan.