Skip to main content
Official Portal of
Faculty of Applied Sciences and Technology

LAWATAN DAN KERJA LAPANGAN PELAJAR 2BWW KE TAMAN ALAM, KUALA SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.

Kerja Lapangan Pelajar Tahun 2 Sarjana Muda Sains (Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan) dengan Kepujian, 2BWW ke Taman Alam, Kuala Selangor telah berjaya dijalankan pada 6 hingga 7 Julai 2023. Seramai 48 orang pelajar tahun 2 program Sarjana Muda Sains (Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan) dengan Kepujian telah menyertai program ini dibawah bimbingan Dr Yap Jing Wei.

Objektif utama kerja lapangan ini diadakan bertujuan mendedahkan pelajar program ljazah Sarjana Muda Sains (Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan) dengan Kepujian kepada habitat semulajadi bagi memastikan pemahaman yang holistik terhadap pemuliharaan biologi, kesan perubahan alam sekitar kepada biodiversiti, kemajuan teknologi biologi molekul, ekologidaratan dan akuatik.

Perkara ini juga adalah penting bagi memastikan pelajar mampu menterjemahkan pengetahuan dan teori yang diperolehi di dalam kelas kepada perlaksanaan dan mengaplikasinya di lapangan.

Sehubungan dengan itu diharapkan program ini mampu memberi pendedahan awal dan pengetahuan kepada pelajar dengan lebih mendalam melalui proses yang dijalankan dalam industri ini serta dapat dipraktikkan pada masa hadapan.

———————-

“Merakyatkan Sains!”

“FAST Empowering Science and Technology”

Kelab Sains dan Teknologi 2022/2023

Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi

https://linktr.ee/stc_uthmofficial

Translate »