Skip to main content
Official Portal of
Faculty of Applied Sciences and Technology

Kem Habit Teknosoleh

FAST | 25 & 26 Oktober 2024 | Kem Mabit Teknosoleh

Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) dengan kerjasama Kelab Sains dan Teknologi (STC) telah menganjurkan Kem Mabit Teknosoleh pada 25 dan 26 Oktober 2024, bersama 30 pelajar komuniti Kampung Selancar di Surau Naib Idris, Kampung Selancar. Program ini bertujuan membentuk sahsiah dan mengembangkan kemahiran teknologi pelajar di komuniti tersebut.

Antara aktiviti menarik yang dijalankan termasuk lawatan ke ladang kelulut, solat berjemaah, kuliah Maghrib, sesi pembangunan insan, qiamullail, dan kursus asas Microbit. Kursus asas Microbit ini dikendalikan oleh pelajar Tahun 2, program Sarjana Muda Sains (Fizik Gunaan) dan Kepujian melalui kursus Electronic Testing and Maintenance. Dalam slot ini, komuniti setempat berpeluang mempelajari asas penggunaan Microbit dan gerakan motor.

Selain itu, kursus asas memanah turut disediakan kepada staf dan pelajar UTHM, yang dikendalikan oleh komuniti Kampung Selancar.

Majlis penutup program ini dirasmikan oleh YB Haji Najib bin Haji Lep. Harapan program ini adalah untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi sahsiah dan kemahiran teknologi, dengan nilai etika dan kompetensi yang tinggi. Diharapkan pelajar dapat memanfaatkan pengetahuan teknologi, seperti asas Microbit, untuk pembangunan komuniti dan memupuk kesedaran sosial. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat mengeratkan hubungan antara universiti dan komuniti setempat.

Mathplorace 2024

10 Oktober 2024 | Mathplorace 2024, yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kemudahan Gunasama (MPH), Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan seramai 47 ahli jawatankuasa. Program ini dianjurkan oleh pelajar Tahun 3 Sarjana Muda Sains (Matematik Teknologi) dengan kepujian dan disertai oleh 139 pelajar dari Tahun 1, 2, dan 3, serta 8 pensyarah dari Jabatan Matematik dan Statistik. Objektif utama program ini adalah untuk merapatkan ukhuwah serta mengeratkan hubungan antara peserta.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan, yang berteraskan komunikasi dan toleransi antara peserta. Selain itu, terdapat juga aktiviti yang diselitkan dengan unsur matematik seperti penyelesaian masalah algebra linear, penambahan dan penolakan, serta kestabilan. Acara dimulakan dengan sesi “Warming Up” yang turut disertai oleh para pensyarah, diikuti dengan acara “Ice Breaking”. Pembahagian kumpulan dilakukan secara rawak bagi menggalakkan semua pelajar berkomunikasi dan bekerjasama dalam usaha memenangi hadiah yang disediakan.

Program ini telah dibimbing oleh Dr. Norzuria Binti Ibrahim dan Prof. Madya Dr. Hamizah Binti Mohd Safuan dari Jabatan Matematik dan Statistik. Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Prof. Madya Ts. Chm. Dr. Hatijah Basri, Dekan Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi.

Program ini berjaya menggabungkan elemen matematik dengan aktiviti interaktif dan kolaboratif, sekali gus mewujudkan suasana yang menyeronokkan untuk pelajar mengaplikasikan pengetahuan matematik mereka sambil memperkukuhkan semangat persahabatan dalam kalangan peserta.

FAST GLOBAL NEXUS CONFERENCE 2024

3 & 4 Oktober 2024 – Hotel Everly, Putrajaya. Telah berlangsung FAST-UTHM GLOBAL NEXUS CONFERENCE 2024: 9TH SCIEMATHIC & 5THINTERNATIONAL CONFERENCE ON BIODIVERSITY anjuran Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi. Ini merupakan kali pertama kedua-dua persidangan ini dianjurkan secara serentak dan hibrid di bawah nama FAST-UTHM GLOBAL NEXUS CONFERENCE 2024, dengan tema “Harmony in Science, Mathematics and Nature. Bridging Disciplines for a Sustainable Future”.

Lebih 70 kertas kajian saintifik telah dibentangkan selama 2 hari persidangan meliputi skop bidang sains tulen dan sains gunaan, teknologi makanan, aplikasi matematik dan statistic, data analitik, kecerdasan buatan serta biodiversiti daripada dalam dan luar negara.

Perkongsian daripada pengucapatama telah disampaikan oleh Prof. Ts. Dr Lam Su Shiung (UMT)dan Tan Sri Dato’ Seri Dr Salleh bin Mohd Nor, (mantan Pro Canselor UTM). Penceramah jemputan terdiri daripada Prof. Ts. Dr Aida binti Mustapha, (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UMPSA), Prof.Madya Dr Siti Aqlima binti Ahmad (UPM), Dr Bambang Retnoaji (Universitas Gadjah Mada) dan Prof. Madya Ts.Dr Muhammad Abdul Latiff bin Abu Bakar (UTHM).  

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Ybhg. Prof. Dato’ Ir. Ts. Dr Ruzairi Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM diiringi oleh Provost-UTHM, Prof. Madya Dr Afandi Ahmad, Wakil Rasmi Dekan Fakulti Biologi, Universitas Gadjah Mada, Dr Bambang Retnoaji, Dekan FAST, Prof. Madya Ts. Chm. Dr Hatijah Basri, Pengerusi FAST-GNS 2024, Prof. Madya Dr Balkis A. Talip, Pengarah dan Timbalan Presiden Produk SugarBombWorldwide Sdn. Bhd., Dr Farah Lina Nor Azman dan Ts. ChM. Dr Muhammad Zamir Othman.

Rising Stars of The GREAT Challenge Hackathon

It is with immense pride and joy that we congratulate our Year 4 Bachelor of Science (Applied Physics) students, Nur Raudah binti Amran and Tan Tian Xian, for their outstanding performance at The GREAT Challenge Hackathon @UTHM, held from 4th to 6th October 2024.

Guided by their dedicated supervisor, Assoc. Prof. Dr. Afishah Alias, the duo impressed the panel with their creativity and innovative thinking, earning the Best Idea and Presenter Award. This remarkable achievement showcases their ability to apply their academic knowledge to real-world challenges, standing out among strong competitors.

Their success has also secured them a coveted spot in the next phase of The GREAT Challenge 2024, which will take place on 22nd February 2024. In addition, they were awarded the MRANTI Fund of RM1,000, which will support the further development of their innovative project.

This accomplishment reflects their hard work, dedication, and the spirit of excellence that defines our faculty. We are incredibly proud of Nur Raudah and Tan Tian Xian and wish them continued success as they prepare to make an even greater impact in the next stage of the competition!

Keep reaching for the stars! 🌟

Program SULAM: Siri 1 Bengkel Asas Micro:bit

PAGOH: Pada 11 Jun 2024, seramai 32 pelajar dari 5 buah sekolah rendah sekitar kawasan Pagoh dan Tangkak dijemput menyertai Program SULAM : Siri 1 Bengkel Asas Microbit yang dianjurkan oleh pelajar Tahun 2 Sarjana Muda Sains (Fizik Gunaan) dengan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Kampus Pagoh. Para pelajar UTHM dilantik menjadi menjadi fasilitator bagi membimbing para pelajar sekolah disamping memindahkan ilmu pengetahuan yang mereka perolehi.

Pada Siri 1 program ini, pelajar-pelajar sekolah rendah akan mempelajari asas-asas mengenai Micro:bit sebagai persediaan pelajar-pelajar bagi pertandingan yang akan dilaksanakan pada Siri 2 pada 25 Jun akan datang. Pada Siri 2 akan datang,para pelajar perlu menggunakan ilmu dan pengalaman yang telah mereka perolehi semasa Siri 1 dengan bantuan fasilitator. Program ini telah diselaraskan dan diberi bimbingan oleh Dr Nurul Nadia binti Adnan dan Dr Fahmiruddin bin Esa dari Jabatan Fizik dan Kimia,Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi.

#UTHMPrihatin #FASTUTHMNews #SULAMUTHM #STEMUTHM #STEMFAST # FASTUTHM

PROGRAM KUNJUNG BANTU TINGKATKAN PEMAHAMAN MATEMATIK DAN MATEMATIK TAMBAHAN DI SMK TENGKU MAHKOTA

Muar, Johor – 13 Jun 2024 | Program Kunjung Bantu Subjek Kritikal Matematik dan Matematik Tambahan yang dianjurkan oleh Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi telah berjaya dilaksanakan di SMK Tengku Mahkota, Muar, Johor. Program ini berlangsung pada 9 Mei, 6 Jun, dan 13 Jun 2024, melibatkan kerjasama erat antara universiti dan pihak sekolah untuk memperkukuh pemahaman pelajar terhadap subjek teras ini.

Seramai 50 pelajar tingkatan 4 dan 5 dari SMK Tengku Mahkota menyertai program ini, dengan bimbingan daripada 10 tenaga pengajar yang terdiri daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains (Statistik Industri) dengan Kepujian. Antara mereka ialah Irdina Amirah binti Omar, Dina Khairina binti Zafarin, dan Woon Yee Ying, yang memainkan peranan penting sebagai fasilitator dan pembimbing akademik.

Pendekatan Interaktif dan Fokus Format SPM
Program ini memberi tumpuan kepada topik-topik penting dalam Matematik Tambahan seperti nombor indeks, vektor, dan hukum linear, manakala subjek Matematik pula memfokuskan kepada algebra, trigonometri, dan analisis data tidak terkumpul. Pendekatan pengajaran yang interaktif serta latihan menjawab soalan berdasarkan format Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terkini memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada para peserta.

Maklum Balas Positif daripada Peserta
Para pelajar memberikan maklum balas yang sangat positif terhadap program ini. Ramai menyatakan pendekatan bimbingan yang santai tetapi padat dengan ilmu menjadikan mereka lebih yakin menghadapi peperiksaan.

Penghargaan dan Harapan
Program ini menjadi bukti kejayaan kerjasama antara institusi pendidikan tinggi dan sekolah dalam memperkasakan pendidikan STEM di peringkat akar umbi. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan berharap program ini dapat diteruskan di masa hadapan untuk manfaat yang lebih meluas.

Perlantikan Prof. Ts. Dr Aida Mustafa sebagai TNCPI UMPSA

Sekalung Tahniah kami ucapkan kepada PROF. TS. DR. AIDA BINTI MUSTAPHA atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Lantikan beliau berkuatkuasa mulai 4 Jun 2024

Sehubungan itu, pihak fakulti mengucapkan selamat menjalankan tugas dan terima kasih di atas sumbangan sebagai Dekan FAST bermula 1-3 Jun 2024.

108 PELAJAR TEKNOLOGI MAKANAN, FAST, UTHM SERTAI KURSUS SEMBELIHAN AYAM DENGAN KERJASAMA JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

UTHM PAGOH – Seramai 108 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar yang mengambil kursus Makanan Halal (BWD22402) telah menyertai Kursus Sembelihan Ayam secara Islam 4.0 pada 15 Mei 2024 bertempat di Makmal Teknologi Makanan, UTHM Kampus Pagoh. Turut serta ialah 6 orang pensyarah panel Teknologi Makanan dan 6 orang staf Pejabat Pengurusan Makmal. 2 orang Pensyarah Panel Teknologi Makanan iaitu Dr Nur Hafizah Malik dan P.M. ChM. Dr. Hatijah Basri juga mengambil peluang untuk menyembelih ayam dalam aktiviti ini.  Lebih meriah lagi tetamu yang berkesempatan hadir termasuk Prof. Madya Dr. Afandi Ahmad selaku Provost UTHM Kampus Pagoh dan Prof. Madya Dr. Mohamad Zaky Noh yang merupakan Dekan Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi 

Program ini merupakan latihan praktikal yang  memberi pengalaman kepada para peserta mengenai cara penyembelihan yang menepati hukum syarak. Para peserta yang berjaya dalam latihan ini akan memperolehi sijil kompetensi penyembelihan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sebagai nilai tambah. Di samping itu, program ini dapat melatih peserta dalam melaksanakan penyembelihan untuk kemahiran tambahan apabila memohon penempatan industri dan kerjaya setelah tamat pengajian (Kebolehpasaran Graduan/Graduate Employability).

Program yang dirasmikan oleh  Prof. Madya Ts. Dr. Noor Azura binti Awang, Timbalan Dekan Akademik & Antarabangsa telah dimulakan dengan sesi ceramah daripada pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) iaitu Encik Haji Nasri bin Haji Selamat. Ceramah bertajuk “Penyembelihan Halal Menurut Pandangan Islam” ini telah memberi pandangan awal kepada pelajar tentang prosedur penyembelihan ayam yang mematuhi syarak sebelum aktiviti penyembelihan dilakukan. 

Aktiviti penyembelihan dimulakan dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh Pegawai JAINJ iaitu Encik Mohd Firdaus Bin Abu Talib bagi memastikan aktiviti penyembelihan dilakukan dengan selamat dan mematuhi syarak, di mana proses sembelihan mestilah dimulai dengan niat, dan seterusnya memastikan saluran-saluran utama iaitu saluran pernafasan (urat halkum), saluran makanan (urat meri’) dan salur darah (arteri karotid dan vena jugular)  adalah terputus.  Selain itu, proses mengeluarkan darah ayam selepas selesai sembelihan perlulah dilaksanakan sebelum ianya dibersihkan. Para peserta menjalankan penyembelihan ayam mengikut giliran sehingga selesai. 

Ayam-ayam yang telah disembelih kemudian dibersihkan dan dipotong bagi menghasilkan produk makanan seperti “cheesy fried chicken”, pau ayam, “chicken dumpling”, “chicken nugget” dan sebagainya. Produk makanan yang dihasilkan kemudian dikongsi bersama para pelajar, pensyarah dan staf makmal. Melalui aktiviti ini, peserta dapat mengeratkan ukhuwah di samping menyerlahkan kreativiti masing-masing dalam penghasilan produk makanan daripada ayam yang disembelih.

Program kompetensi seumpama ini wajar diteruskan bagi setiap kohort untuk melengkapkan pelajar dengan berbagai kemahiran untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan Sarjana Muda Sains (Teknologi Makanan) dengan Kepujian UTHM.

Lawatan Sambil Belajar ke MyGeneBank MARDI

Selasa, 14 Mei 2024 | Lawatan sambil belajar ke MyGeneBank MARDI Serdang, Selangor oleh 39 orang pelajar Tahun 2 Program Sarjana Muda Sains Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan dengan Kepujian (BWW) diiringi oleh pengajarkursus Genetic Diversity and Conservation yang bertindak sebagai pengiring iaitu Ts. Gs. Dr. Kamarul Rahim bin Kamarudin, telah berlangsung. Saudara Muhammad Aiman Bin Mohd Asri dan Saudari Mumtaz Murfiqah binti Mazdi telahbertindak selaku pengurus rombongan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Timbalan Pengarah Program Penggunaan Sumber Dan Konservasi Agrobiodiversiti (BE2) iaitu Dr. Mohd Norfaizal Ghazalli yang turut turun padang untuk bersua muka dengan para pelajar dan Ts. Gs. Dr. Kamarul Rahim bin Kamarudin.

Tidak lupa juga kepada Encik Zulhairil bin Ariffin, Principal Research Officer, Agrobiodiversity and Environmental Research Centre (BE) serta para kakitangan berkaitan atas taklimat dan lawatan ke makmal-makmal berkaitan di KompleksMyGeneBank MARDI.

Semoga lawatan seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan, dan jalinan kerjasama dapat terus diperkukuhkan dari masa ke masa.

#FASTEmpoweringScienceandTechnology

#WithWisdomWeExplore

#UTHMproducesprofessionals

#beproudofUTHM#makeUTHMproud

Syarahan Perdana Siri 3/2024 – Prof. Ts. Dr. Zaidi Embong

Majlis Syarahan Perdana Siri 3/2024 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bertempat di Big Stage, Aras 2, Perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM Kampus Induk Parit Raja.

Prof. Ts. Dr. Zaidi Embong dari Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) telah menyampaikan Syarahan Perdana beliau bertajuk “ESCA: Probing Surfaces and Interfaces for Advanced Materials”.

Program anjuran Majlis Profesor Universiti dengan kerjasama FAST turut dihadiri Prof. Ts. Dr. Rosziati Ibrahim, Pengerusi Majlis Profesor Universiti wakil rasmi Naib Canselor UTHM, Prof. Ts. Dr. Rabiah Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTHM, wakil Industri ST Micro Electronics dan MIMOS, wakil Universiti Teknologi Melaka serta Prof. Madya Dr. Mohamad Zaky Noh selaku Dekan FAST, Pegawai-pegawai Kanan UTHM dan para pelajar Universiti.

Translate »