Industrial Talk: Marketing and Pricing Food Products in Competitive Markets
Jabatan Teknologi dan Sumber Semulajadi, Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), UTHM telah mengadakan Ceramah Industri Pemasaran dan Penetapan Harga Produk Makanan dalam Pasaran Kompetitif bersama pelajar yang mengambil subjek Keusahawanan (BWD10102) dan Pengurusan dan Pemasaran Produk Makanan (BWD40202) pada 12 November 2024. Ceramah ini telah dilakukan secara atas talian dengan kehadiran Puan Fara-Jasseica Binti Mohd Rashid sebagai penceramah.
Objektif ceramah ini adalah untuk:
- Memberikan pemahaman mendalam tentang pelbagai strategi pemasaran dan teknik penetapan harga yang berkesan, khususnya dalam konteks produck makanan, untuk meningkatkan daya saing di pasaran.
- Memenuhi pelajar mencapai Hasil Pembelajaran Kursus (CLO), Pengurusan dan Pemasaran Produk Makanan (BWD40202) dan Keusahawanan (BWD10102), dan memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan pakar industri dan rakan sebaya, membina jaringan yang berpotensi untuk kerjasama di masa depan dan peluang kerjaya dalam bidang pemasaran dan pengurusan produk makanan.