Pertandingan Datathon
17 November 2024, Ahad | Pertandingan Datathon dengan bertemakan Sustainable Data Analysis: A Lean Approach with Microsoft Excel and Microsoft Power BI telah berjaya dilaksanakan di Bilik Mesyuarat 1, UTHM Pagoh. Seramai 19 orang ahli jawatankuasa yang terlibat dalam program ini. Pertandingan Datathon dianjurkan oleh pelajar Tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Sains (Statistik Industri) dengan kepujian dan disertai oleh 93 orang peserta melibatkan Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK). Objektif utama program ini diadakan ialah melahirkan pelajar yang mahir dalam menganalisa data-data yang diperolehi oleh NIH dan DOSM serta mendorong peserta bagi meneroka idea baharu dan inovatif ketika membuat dashboard. Program ini telah dibimbing oleh Dr. Sabariah Binti Saharan dari Jabatan Matematik dan Statistik.
Majlis penutup rasmi telah disempurnakan oleh Prof. Madya Ts. Chm. Dr. Hatijah Basri, Dekan Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi.
Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori Microsoft Excel dan Microsoft Power BI. Para peserta menjalani dua saringan dan setelah ditapis hanya 10 kumpulan yang berjaya menjadi finalis bagi peringkat akhir. Proses penilaian dalam saringan ini dikendalikan oleh panel juri yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah Jabatan Matematik dan Statistik. Pada pusingan akhir, kumpulan finalis membentangkan dashboard inovatif yang telah mereka hasilkan kepada para juri dan peserta lain. Selain itu, sesi pembentangan pusingan akhir ini turut dinilai oleh juri jemputan, iaitu dua wakil daripada National Institutes of Health (NIH) dan dua wakil daripada Department of Statistics Malaysia (DOSM).
Last Updated on November 26, 2024