Skip to main content
Official Portal of
Faculty of Applied Sciences and Technology

Author: Amira Saryati Ameruddin

Kaji Selidik Kualiti Perkhidmatan FAST

ﺍﻠﺴﻼﻡ ﻋﻠﻴﻛﻡ ﻮﺮﺤﻤﺖ ﺍﷲ ﻮﺒﺮﻛﺎﺗﻪ

YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Prof. / Tuan / Puan / Saudara / Saudari,

KAJI SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN BERKAITAN PERKHIDMATAN FAKULTI SAINS GUNAAN & TEKNOLOGI (FAST) UTHM 2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains Gunaan & Teknologi (FAST), sedang menjalankan Kaji Selidik Kepuasan Pelanggan Berkaitan Perkhidmatan Di Fakulti Sains Gunaan & Teknologi (FAST) UTHM 2025. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh Fakulti. Kaji selidik ini akan dijalankan sehingga 11 Jun 2025.

3.    Sehubungan dengan itu, dipohon jasa baik YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Prof. / Tuan / Puan / Saudara / Saudari untuk meluangkan sedikit masa bagi mengisi borang soal selidik berkenaan dengan melayari pautan atau mengimbas kod QR dibawah untuk mengakses borang soal selidik yang dimaksudkan.

KLIK DI SINI –> PAUTAN SURVEY

Life Exhibition on “Technology Used in Biodiversity and Conservation”

Laporan oleh: Arney Sapaat, Hani Fasehah Mohd Shaifuddin, Fatin Nursyamimi Mohd Rosli

From 27 th May until 3 rd June 2025, The Faculty of Science and Technology (FAST), through
the Biodiversity and Conservation (BWW) programme, successfully held a life exhibition titled
“Technology Used in Biodiversity and Conservation” at UTHM Pagoh Campus.
This exhibition was part of the Biodiversity Fest initiative, held throughout May and
June in conjunction with the International Day for Biological Diversity on 22 nd May every
year. The aim was to raise awareness and promote education on the importance of biodiversity
and its preservation through a series of interactive academic activities, with this exhibition
serving as a major highlight.


This event highlight the integration of modern technology in biodiversity research and
conservation efforts. Visitors gained a new understanding of how science and technology today
work together in environmental studies by being exposed to a broad range of instruments and
advancements utilized in the field.


Main attractions included drone demonstrations, 3D mapping generated from aerial
images, bird replicas based on real life proportions, camera trap setups, bioacoustic devices, and
live terrarium displays. The exhibition also featured simulated fieldwork activities, where
visitors learned how researchers identify study sites using drone-based maps.
Throughout the exhibition, it attracted more than 100 visitors, including UTHM students
and staff, as well as secondary school students. Feedback from attendees was overwhelmingly
positive, with many expressing surprises on the diverse and modern aspects of technology used
in biodiversity work.


“It’s fascinating to see how technology is shaping this field, it’s much more
advanced than I imagined,” said one student visitor.


This exhibition serves as a platform to educate and inspire young minds, promoting
interest in biodiversity and conservation through the lens of innovation. The faculty hopes to
continue organizing similar events in the future to bridge knowledge and awareness between
science, technology, and nature.

Sesi Menandatangani Surat Hasrat Kerjasama (LOI) antara Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), UTHM dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sulaiman Ninam Shah, Muar

Pada 24 Mei 2025, telah berlangsung sesi menandatangani Surat Hasrat Kerjasama (LOI) antara Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), UTHM dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sulaiman Ninam Shah, Muar.

Kerjasama ini merangkumi perkongsian dalam aspek akademik, program STEM, kerjaya serta aktiviti kemasyarakatan. Majlis ini disempurnakan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Noor Azura Awang, mewakili Dekan FAST, dan Dr. Ramlah Ab. Khalid, Pengetua SMK Tun Sulaiman Ninam Shah.

Turut hadir, Dr. Nurul Nadia Adnan, Ketua Jabatan Jaringan Masyarakat dan Pemindahan Ilmu, serta Prof. Madya Dr. Hamizah Mohd Safuan, Ketua Pusat Masyarakat Living Lab Bandar Muar.

Semoga kerjasama ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak program bermanfaat demi manfaat bersama komuniti.

BENGKEL ASAS DAN PENGAWALAN JARAK JAUH ROBOTIK PERKASA MINAT STEM DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

Pagoh, 21 Mei 2025 – Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) – Kampus Cawangan Pagoh melalui Jabatan Fizik dan Kimia telah menganjurkan Bengkel Asas Robotik dan Bengkel Pengawalan Jarak Jauh Robotik yang melibatkan penyertaan seramai 16 orang guru dan pelajar dari Sekolah Kebangsaan Kampung Raja.

Program ini dilaksanakan secara berfasa pada 19 Mac, 15 dan 23 April serta 21 Mei 2025, bertempat di Makmal Gunasama Matematik 2, UTHM Kampus Cawangan Pagoh, dengan objektif utama untuk memperkenalkan asas robotik kepada pelajar sekolah rendah dan memperkukuh minat terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Bengkel ini telah dikendalikan oleh pensyarah dari Jabatan Fizik dan Kimia, iaitu Dr. Nurul Nadia Adnan dan Dr. Fahmiruddin bin Esa.Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah mengikuti empat modul utama yang merangkumi asas pengaturcaraan menggunakan Micro:bit, pengawalan gerakan motor, reka bentuk 3D menggunakan perisian TinkerCAD dan teknik pencetakan 3D.

Pendekatan bengkel yang bersifat praktikal dan mesra pengguna telah memberi peluang kepada para pelajar untuk meneroka kemahiran baru dalam bidang teknologi dan inovasi, di samping mendedahkan mereka kepada peralatan dan perisian yang digunakan dalam pembangunan robotik.

Pihak penganjur berharap agar penganjuran program seumpama ini dapat memperluas akses pelajar sekolah kepada bidang STEM dan seterusnya mencetus inspirasi kepada mereka untuk meneruskan pengajian dalam bidang sains dan teknologi pada masa hadapan.

Program Jelajah Ilmu UTHM-UPM: Where Math Meets Data In Motion

Program Jelajah Ilmu UTHM-UPM: Where Math Meets Data In Motion telah diadakan pada 15 Mei 2025 sebagai kolaborasi antara UTHM dan UPM. Ia dianjurkan oleh pelajar Sarjana Muda Sains (Analitik Data Komputasi) UTHM bersama Kelab Matematik Statistik UPM.

Program dirasmikan oleh Provost UTHM Kampus Cawangan Pagoh, Prof. Dr. Afandi Ahmad, diikuti sesi perkongsian oleh Ts. Dr. Wan Nor Munirah Ariffin bertajuk “Equipping Tomorrow’s Workforce: WBL and Industry Skills Alignment” yang juga merupakan Penasihat program.

Pelajar UPM turut mengendalikan mini games yang menceriakan suasana dan mengeratkan hubungan antara peserta.

Segmen tumpuan bertajuk “Generative AI” disampaikan oleh PM. Dr. Hamizah Mohd Safuan dan Dr. Khuneswari A/P Gopal Pillay, yang berjaya menarik penyertaan hampir 100 peserta.

Program berakhir pada jam 5.00 petang dengan maklum balas yang sangat positif daripada para peserta.

Tahniah kepada semua yang menjayakan program ini 🎉🎉🎉

10 Pelajar FAST UTHM Sertai Program Mobiliti Antarabangsa di Thailand!

10 Pelajar FAST UTHM Sertai Program Mobiliti Antarabangsa di Thailand!
📍 Prince of Songkla University, Thailand
📅 4 – 10 Mei 2025

Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), UTHM terus mengorak langkah ke peringkat global apabila 10 pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Makanan) menyertai program mobiliti antarabangsa di Prince of Songkla University (PSU), Thailand.

Dengan tema “Next-Gen Fruit and Vegetable Processing: From Conventional Methods to Novel Innovations”, pelajar didedahkan kepada teknologi pemprosesan makanan terkini seperti plasma sejuk, HPP, dan teknik inovatif lain selain kaedah konvensional.

Program ini juga merangkumi aktiviti amali, lawatan ke ladang buah salak, pasar tempatan, kilang makanan serta institusi penyelidikan PSU. Ia bukan sahaja memberi pendedahan industri, malah memperkukuh jaringan antarabangsa dan kefahaman rentas budaya.

Program ini tidak akan berjaya tanpa sokongan penuh Pejabat Antarabangsa (IO) UTHM yang menyediakan bantuan kewangan dan logistik sepanjang mobiliti ini. Terima kasih atas komitmen dan kerjasama erat dalam menjayakan inisiatif global ini! 🙏🌐

Prof. Ts. Dr. Mohd Fadzelly Abu Bakar selaku Penyelaras Mobiliti UTHM menegaskan bahawa program ini adalah platform penting untuk membentuk pelajar berdaya saing global. Majlis penutup turut diserikan dengan penyampaian sijil dan lawatan kebudayaan sekitar Songkhla.

🇹🇭🤝🇲🇾 📸 Saksikan sorotan sepanjang program dalam galeri gambar kami!

Lawatan delegasi Universitas Airlangga, Indonesia (UNAIR) ke Photonic Devices and Sensor Research (PDSR),Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi.

Pada 5 Mei 2025, seramai tiga orang delegasi dari Universitas Airlangga (UNAIR), Surabaya, telah mengadakan lawatan rasmi ke ‘Photonic Devices and Sensor Research (PDSR),Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi. Delegasi ini diketuai oleh Prof. Dr. Khusnul Ain, Koordinator Program Sarjana, Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Teknologi, Universitas Airlangga.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mengadakan perbincangan mengenai potensi kolaborasi dalam bidang penyelidikan sensor, khususnya dalam konteks fizik gunaan. Selain itu, sesi perbincangan turut menyentuh beberapa isu semasa, termasuk:


• Kemerosotan minat pelajar terhadap program fizik,
• Penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pengajaran dan pembelajaran, dan
• Peluang kerjasama dalam bidang-bidang lain yang berkaitan.


Delegasi UNAIR turut disertai oleh dua orang pensyarah kanan, iaitu Dr. Ir. Soegianto dan Dr. Iman Sapuan. Pihak PDSR pula diwakili oleh Prof. Ts. Dr. Mohd Kamarulzaki Mustafa, Ketua Pusat PDSR, dan Dr. Nadia Adnan, pensyarah Fizik merangkap penyelidik kanan di pusat tersebut.

Hasil daripada lawatan ini, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk memeterai satu Surat Niat (LoI) bagi memperkukuh kerjasama yang dicadangkan. Dokumen tersebut dijangka akan ditandatangani dalam masa terdekat.

Tahniah atas Penerbitan di Majalah KOSMIK!

Tahniah diucapkan kepada Ts. Dr. Wan Nor Munirah Ariffin atas penerbitan artikel beliau dalam majalah KOSMIK edisi Mei 2025, bertempat di muka surat 38, dengan tajuk yang menarik dibawah topik Sains Pengurusan iaitu:

“Pengurusan Inventori Berasaskan Model Pengoptimuman: Strategi Pintar Perniagaan Moden.”

Klik di sini untuk Pautan Majalah Kosmik Mei 2025.

Artikel ini membincangkan bagaimana pendekatan berasaskan model pengoptimuman dapat meningkatkan kecekapan pengurusan inventori dalam perniagaan moden. Ts. Dr. Wan Nor Munirah menghuraikan strategi yang dapat membantu syarikat mengurangkan kos, memaksimumkan sumber, dan merancang inventori secara lebih pintar dan sistematik. Pendekatan ini bukan sahaja bersifat teoritikal tetapi turut disokong dengan aplikasi praktikal yang boleh dimanfaatkan oleh pelbagai sektor industri.

Kejayaan ini merupakan bukti komitmen Ts. Dr. Wan Nor Munirah dalam menjadikan ilmu pengetahuan lebih mudah diakses dan relevan kepada masyarakat luar kampus, sekali gus menyerlahkan peranan akademik dalam memperkasa industri melalui penulisan ilmiah popular.

Syabas atas pencapaian cemerlang ini! Semoga terus menghasilkan karya-karya yang memberi impak besar kepada masyarakat dan negara.

PROJEK “GRAPHTORY” RAIH PENGIKTIRAFAN GEMILANG DI EREKA 2025

Projek inovasi bertajuk “GraphTory: Revolutionizing Product Bundling with Graph Network (ID-613)” telah meraih Anugerah Khas Kluster (Sains Sosial, Perniagaan & Inovasi Pengajaran) serta Pingat Emas dalam Ekspo Penyelidikan, Rekacipta dan Inovasi Kebangsaan (EREKA 2025) anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Projek ini diketuai oleh Ts. Dr. Wan Nor Munirah Ariffin, penyelidik dari Computational Intelligence and Data Science Focus Group, Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), UTHM. Inovasi ini merupakan hasil kerjasama strategik merentasi pelbagai disiplin dan kepakaran dari universiti-universiti berbeza serta pihak industri, dalam usaha menghasilkan solusi berimpak tinggi untuk keperluan semasa.

Ahli pasukan terdiri daripada:

  • Dr. Emy Aizat Azimi (Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia)
  • Dr. Azrita Mohd Amin (Universiti Malaysia Perlis)
  • Prof. Raja Suzana Raja Kasim (Universiti Malaysia Kelantan)

Selain itu, projek ini turut dibantu oleh pelajar Tahun Akhir Sarjana Muda Sains (Statistik Industri) dengan Kepujian, Cik Khairunnisa Muhammad bersama kepakaran dari UniMAP dalam menganalisis data.

Kejayaan ini membuktikan potensi penyelidikan rentas disiplin dalam menghasilkan penyelesaian inovatif yang menyokong keperluan industri, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME). Pihak pasukan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menyokong dan mendoakan kejayaan projek ini.

Pantri Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) Berwajah Baharu

Seiring dengan pelaksanaan Kempen Keberadaan Staf di Pejabat yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) telah mengambil inisiatif menaik taraf kemudahan pantri fakulti sebagai usaha mewujudkan suasana kerja yang lebih kondusif, selesa dan menyokong kesejahteraan staf.

Pada 24 April 2025, Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Naib Canselor UTHM, Prof. Dato’ Ir. Ts. Dr. Ruzairi bin Abdul Rahim, diiringi oleh YBhg. Provost Kampus Cawangan Pagoh, Prof. Madya Dr. Afandi bin Ahmad, ke pantri fakulti yang telah diberi nafas baharu.

Usaha penaiktarafan ini merupakan sebahagian daripada Kempen Keberadaan Staf di Pejabat, yang giat dilaksanakan oleh pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UTHM. Inisiatif ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif, selesa dan menyokong kesejahteraan warga universiti.

Penambahbaikan pantri ini dilaksanakan dengan matlamat berikut:

  • Menyediakan ruang makan yang selesa bagi staf yang membawa bekal.
  • Menggalakkan kehadiran dan keberadaan staf di pejabat.
  • Menjimatkan masa staf daripada perlu keluar membeli makanan.
  • Meningkatkan interaksi sosial dan semangat berpasukan dalam kalangan warga kerja.
  • Mewujudkan suasana kerja yang lebih fokus dan produktif.

Fakulti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Naib Canselor dan YBhg. Provost atas kesudian hadir serta sokongan yang amat bermakna terhadap usaha pembangunan kesejahteraan staf.

Warga FAST dijemput untuk terus memanfaatkan dan menghidupkan ruang pantri ini dengan aktiviti yang membina serta pengisian yang bermanfaat, demi kecemerlangan bersama.

Translate »