Program Khidmat Masyarakat (CSR), Pemindahan Ilmu dan STEM di Kg. Peta, Endau, Mersing, Johor, Malaysia

Kg. Peta yang terletak di dalam kawasan Taman Negara Johor Endau Rompin merupakan penempatan bagi suku kaum orang Jakun. Sebahagian penduduknya bekerja sebagai kakitangan Taman Negara dan juga pemandu pelancong. Hubungan rapat di antara penduduk Kg. Peta dengan penyelidik-penyelidik UTHM terjalin apabila penduduk kampung sering kali dirujuk dan membantu semasa aktiviti penyelidikan seperti persampelan flora dan fauna dan sebagainya. Oleh itu, Pusat Pemuliharaan dan Penggunaan Mapan Sumber-sumber Semulajadi (SUNR), Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) di ketuai oleh Prof Madya Dr Mohd Fadzelly Abu Bakar telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat (CSR), Permindahan Ilmu dan STEM di Kg. Peta, Endau, Mersing, Johor, Malaysia.

Menjelang pembukaan semula Sekolah Rendah Peta dan Tabika Kemas Jheoa Kg. Peta pada 15 Julai 2020 selepas hampir TIGA (3) bulan sekolah ditutup akibat wabak Covid-19, keperluan tambahan murid-murid seperti hand sanitizer dan pelitup hidung dan mulut juga berupa pakaian sekolah amatlah diperlukan. Oleh itu warga COR-SUNR, FAST yang terdiri daripada staf akademik dan bukan akademik, juga pelajar pasca siswazah telah berganding bahu mengumpul dana juga mencari tajaan barangan bagi memenuhi keperluan murid-murid di Kg. Peta tersebut. Sumbangan telah disampaikan sendiri oleh Dekan Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi iaitu Prof Dr Hashim Saim juga Ketua Jabatan Teknologi dan Sumber Semulajadi, Prof Madya Dr Alona Cuevas Linatoc.

Selain program khidmat masyarakat, pihak FAST juga turut hadir dengan aktiviti yang bermanfaat kepada murid-murid tersebut. Dua program dijalankan serentak iaitu pemindahan ilmu dan STEM diketuai oleh Dr Siti Fatimah Sabran dan Ts Dr Faridah Kormin masing-masing. Dengan bertemakan Oh My Nature, Dr Siti Fatimah Sabran bersama kumpulannya menjalankan aktiviti yang menyeronokkan khusus untuk pelajar tabika dan pelajar Tahap 1. Dengan objektif untuk menyebarkan ilmu pengetahuan tentang kepentingan menjaga kepelbagaian biologi bagi meningkatkan penghargaan kepada alam sekitar, aktiviti mewarna daripada bahan pewarna semulajadi didedahkan. Selain itu cara mencuci tangan menggunakan sabun dan cara membersihkan tangan menggunakan hand sanitizer melalui kaedah yang tepat turut diajar.

            Aktiviti interaktif dijalankan oleh kumpulan yang diketuai Ts Dr Faridah Kormin bagi meningkatkan minat pelajar di dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Dalam tempoh yang terhad, 3 (TIGA) aktiviti menarik yang bertemakan telur telah dijalankan. Bermula dengan kesedaran keselamatan makanan berkaitan telur, aktiviti diteruskan dengan permainan seperti Drop Ball, Pop Egg dan Egg Density.

Program ini dijalankan selain sebagai salah satu khidmat masyarakat oleh Pusat Penyelidikan di Fakulti, ia turut bertindak sebagai salah satu cara membalas budi orang kampung yang sering membantu penyelidik ketika melakukan kajian di sana. Melalui maklumbalas positif yang diterima, diharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen − 10 =

Contact Us

For any enquiries, please feel free to contact us by sending an email to fast@uthm.edu.my

Address: Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi, UTHM Kampus Pagoh, KM1, Jln Panchor, 84600 Muar, Johor


© 2020 Faculty of Applied Sciences and Technology, UTHM.  Last updated: 07 July 2020