LAPORAN BENGKEL PENYEDIAAN LAPORAN PENCAPAIAN PLO & PEO, RUBRIK DOMAIN AFEKTIF DAN PSIKOMOTOR, PENGEMASKINIAN PLO & PEO BAHARU DI TCIS DAN PANDUAN PELAKSANAAN OBE FAST
Pihak jawatankuasa OBE fakulti mengambil inisiatif mengadakan beberapa bengkel OBE yang melibatkan proses penyediaan laporan PLO dan PEO, pengemaskinian PLO dan PEO mengikut MQF versi 2 dan penyediaan rubrik dan panduan pelaksanaan OBE di fakulti agar proses OBE di fakulti dapat dilaksanakan dengan lancar dan baik oleh semua pensyarah.
Tarikh/Hari | Masa/Tempat | Perkara |
06/08/2020 (Khamis) | 9.00 pagi – 3.30 petang Bilik Seminar, Aras 1, Sayap Kanan, UTHM Pagoh | Bengkel penyediaan laporan pencapaian PLO |
11-13/08/2020 (Selasa-Khamis) | 9.00 pagi – 5.00 petang (Selasa & Rabu) 9.00 pagi – 3.30 petang (Khamis) Bilik Mesyuarat 6, Aras 1, Sayap Kanan, UTHM Pagoh | Bengkel penyediaan rubrik afektif dan psikomotor |
16-17/08/2020 (Ahad-Isnin) | 9.00 pagi – 5.00 petang Bilik Mesyuarat 6, Aras 1, Sayap Kanan, UTHM Pagoh | Bengkel penyediaan panduan pelaksanaan OBE FAST |
18-19/08/2020 (Selasa-Rabu) | 9.00 pagi – 5.00 petang Bilik Mesyuarat 6, Aras 1, Sayap Kanan, UTHM Pagoh | Bengkel penyediaan laporan pencapaian PEO Kohort 1 (BWA, BWQ, BWC, BWD) |
15/09/2020 (Selasa) | 9.00 pagi – 5.00 petang Bilik Mesyuarat 6, Aras 1, Sayap Kanan, UTHM Pagoh | Bengkel pengemaskinian PLO/PEO Baharu dalam TCIS |
Objektif bengkel-bengkel ini adalah:
- Menyediakan laporan pencapaian PLO semester 1 dan 2 2019/2020 untuk mengenalpasti keberhasilan pencapaian PLO sama ada tercapai atau tidak bergantung kepada KPI yang telah ditetapkan.
- Menyediakan laporan pencapaian PEO Kohort 1 untuk program BWA, BWQ, BWC dan BWD untuk mengenalpasti keberhasilan pencapaian PEO sama ada tercapai atau tidak bergantung kepada KPI yang telah ditetapkan.
- Mengemaskini PLO dan PEO baharu dalam TCIS untuk semua program akademik fakulti prasiswazah dan pascasiswazah dengan mematuhi panduan MQF versi 2.
- Menyediakan rubrik bagi domain psikomotor dan afektif yang selaras dan terpandu bagi setiap program akademik FAST mengikut MQF versi 2untuk kelancaran proses penilaian hasil pembelajaran kursus oleh pensyarah berdasarkan panduan rubrik yang disediakan.
- Menyediakan panduan pelaksanaan OBE FAST untuk membolehkan pensyarah mencapai semua hasil yang dirancangkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Last Updated on July 13, 2023