Skip to main content
Official Portal of
Faculty of Applied Sciences and Technology

LAPORAN BENGKEL PENYEDIAAN DOKUMEN PERANCANGAN KULIAH (RPP-04) DAN TABLE OF SPECIFICATION (TOS) SEMESTER 2 SESI 2019/2020

Fakulti mengambil inisiatif untuk mengadakan bengkel penyediaan RPP kepada semua staf akademik FAST. Tambahan pula, setiap sebelum sesi semester baru bermula, staf akademik perlu menyediakan RPP sebagai persediaan perancangan kuliah. Bengkel ini juga diharap dapat melancarkan proses P&P fakulti amnya dan staf akademik serta pelajar khasnya. Kehadiran staf akademik terutama penyelaras bagi setiap kursus dan ketua jabatan bagi setiap jabatan fakulti amat menggalakkan. Bengkel ini diadakan pada:

Tarikh/Hari : 03 hb Februari 2020/Isnin

Masa             : 9.00 pagi – 1.00 tengah hari

Tempat        : Bilik Seminar 1, Aras 1, UTHM Kampus Pagoh

Objektif bagi program ini ialah:

  • Memastikan penyelaras kursus menyediakan dan menyiapkan Dokumen Perancangan Kuliah Semester 2 Sesi 2019/2020 dua minggu sebelum semester bermula.
  • Melancarkan proses P&P fakulti amnya dan staf akademik serta pelajar khasnya.
  • Mengaplikasi pengetahuan yang diperolehi berkaitan OBE didalam penyediaan dokumen perancangan kuliah.
  • Memantapkan kerjasama semua staf akademik dalam menjayakan audit kelak.
Translate »