Skip to main content
Official Portal of
Faculty of Applied Sciences and Technology

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan Koperasi Komuniti Hybrid Selatan Berhad (Hybrid Selatan)

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan Koperasi Komuniti Hybrid Selatan Berhad (Hybrid Selatan) anjuran Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) bertempat di Dewan Jamuan Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM.

Prof. Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM telah mewakili pihak UTHM bagi menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) yang diwakili oleh Encik Zulikram bin Ramli, Pengerusi Hybrid Selatan.

Sesi menandatangani MoA tersebut turut disaksikan oleh Prof. Madya Dr Mohamad Zaky Noh, Dekan Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi UTHM dan En Muhammad Adhwa Akmal, Setiausaha Koperasi Hybrid Selatan, serta turut dihadiri oleh Dekan-dekan Fakulti / Pusat.

Kerjasama MoA bersama dengan Hybrid Selatan bermula dengan lawatan ke ladang arnab milik Hybrid Selatan di Kampung Sri Jaya, Tangkak, Muar, Johor sekitar 20 Feb 2022 lalu dan beberapa siri perbincangan yang telah diadakan bersama pihak Panel Teknologi Makanan, FAST UTHM. Bidang kerjasama yang meliputi resipi rendang arnab, analisis sensori, fisikokimia, jangka hayat dan pembungkusan telah membawa kepada pelaksanaan MoA yang sehingga kini telah menghasilkan 1 penerbitan di jurnal Enhanced Knowledge in Sciences and Technology (EKST) dan 2 kemenangan pingat perak dalam The International Research and Symposium and Exposition (RISE 2022) dan 34th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2023).

Selain itu, MoA ini juga akan membina kerjasama dalam program kerjasama penyelidikan berkaitan arnab dan teknologi makanan serta lain-lain yang dipersetujui antara kedua-dua belah pihak.

#UTHMnetworks

#UTHM30tahun

#UTHMJohor

#GTU2030

#DenganHikmahKitaMeneroka

Last Updated on August 2, 2023

Translate »