Skip to main content
Official Portal of
Faculty of Applied Sciences and Technology

PROGRAM SEMINAR PENSIJILAN HALAL MALAYSIA BERSAMA INDUSTRI MAKANAN

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.

Program khidmat masyarakat, Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM), Seminar Pensijilan Halal Malaysia Bersama Industri Makanan untuk kursus Makanan Halal (BWD20702) telah berjaya dijalankan pada 6 Julai 2023. Seramai 70 orang pelajar tahun 2 program Sarjana Muda Sains (Teknologi Makanan) dengan Kepujian, di bawah bimbingan Dr. Fazleen Izzany Binti Abu Bakar dalam pelaksanaan program ini.

Program SULAM ini dijalankan di Bilik Mesyuarat 1, Foyer Aras 1, Blok A, Bangunan Pentadbiran UTHM Kampus Cawangan Pagoh dengan kerjasama beberapa buah syarikat industri makanan. Antaranya termasuklah, Sambal Pecal Cik Su, Fieza F&Z Cake House, Fudstore Trading, dan Suwaibah Enterprise dan telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) FAST, Ts. Dr. Suhadir Bin Shamsuddin.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membantu pelajar mempraktikan pengajian yang dipelajari di dalam kelas dengan membantu industri makanan mengenai Pensijilan Halal Malaysia dan menaikkan nilai tambah kursus Makanan Halal dengan mengadakan kolaborasi bersama industri makanan terpilih.

Sehubungan dengan itu diharapkan program ini mampu memberi pendedahan dan melatih pelajar dalam menghubungkaitkan kursus yang dipelajari dengan kehidupan dan perkembangan semasa mengenai Halal dalam industri makanan di Malaysia.

———————-

“Merakyatkan Sains!”

“FAST Empowering Science and Technology”

Kelab Sains dan Teknologi 2022/2023

Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi

https://linktr.ee/stc_uthmofficial

Translate »