Laporan Seminar Proses dan Pelaksanaan Outcome Based Education (OBE) Dalam Pembelajaran dan Pengajaran
Fakulti mengambil inisiatif mengadakan Seminar Proses dan Pelaksanaan Outcome Based Education (OBE) Dalam Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) bertujuan memantapkan kefahaman OBE dalam kalangan staf FAST tentang pendekatan OBE dalam P&P sekaligus pencerahan kepada permasalahan sepanjang perlaksanaan P&P bermula 2012 hingga 2019. Melalui program ini juga, soalan-soalan yang dijangkakan semasa proses Audit MQA yang sebenar akan dibincangkan hasil pengalaman beliau sebagai salah seorang juruaudit MQA. Selain itu, penceramah yang diundang berpengalaman luas dalam mengurus tadbir isu-isu berkaitan OBE. Kehadiran staf akademik amat menggalakkan. Seminar ini diadakan pada:
Tarikh/Hari : 06 hb Februari 2020/Khamis
Masa : 10.00 pagi – 3.30 petang
Tempat : Bilik Seminar 1, Aras 1, UTHM Kampus Pagoh
Objektif bagi program ini ialah:
- Memberi pendedahan kepada staf akademik berkaitan kepentingan melaksanakan proses OBE yang betul bagi memastikan objektif OBE dapat dicapai.
- Menyegar dan memantap kefahaman staf akademik FAST terhadap pelaksanaan P&P menggunakan pendekatan OBE.
- Memberi ruang kepada para staf akademik dan penceramah untuk membincangkan segala permasalahan berkaitan OBE dalam pelaksanaan P&P.
- Memberi peluang kepada staf akademik mengaplikasi pengetahuan yang diperolehi semasa sesi seminar di dalam pelaksanaan P&P.
- Memastikan staf akademik bersedia apabila proses audit berlangsung dari masa ke semasa.
Last Updated on July 13, 2023