Lawatan kerja rasmi dan kunjungan hormat dari FMIPA yang diwakili oleh Dr. apt. Bina Lohita Sari,M. Farm., Dr. Fitria Virgantari, M.Si., apt. Erni Rustiani, M.Farm., Yulian Syahputri, S.Si., M.Si., Siti Warnasih, M.Si., S.Si., dan Muhammad Fathurrahmann, S.Pd., M.Si. lebih menfokuskan kepada perbincangan berkenaan pelaksanaan mobiliti berkredit untuk program Matematik dan Kimia.
Diharapkan kerjasama akademik ini dapat diteruskan bagi memanfaatkan pelajar-pelajar UNPAK dan UTHM.
Kursus Microsoft Office Excel Beginner telah berjaya diadakan pada 11 Julai 2023 kepada 25 orang guru dan kaunselor dari sekolah-sekolah sekitar daerah Muar. Kursus dianjurkan oleh Akademik Intelek Data Analitik (AI.DA) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Muar, yang diwakili oleh Puan Siti Erma Abu Bakar, Penolong PPD (Perancangan).
Tahniah kepada urusetia dan tenaga pengajar terdiri daripada Prof. Madya Dr. Hamizah Mohd Safuan, Dr. Sabariah Saharan, Dr. Norhaidah Mohd Asrah, En. Lee Siaw Chong dan Prof. Madya Dr. Fazlina Aman serta dibantu oleh mahasiswa Tahun 2 dan 3 dari program Matematik Teknologi dan Statistik Industri iaitu Saudari Jacqueline Low Yun Zhi, Tan Hui Man, Sharmila Sri Balasubramaniam dan Saudara Norsyahmirul Amin Bin Ruzlan.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.
Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan Koperasi Komuniti Hybrid Selatan Berhad (Hybrid Selatan) anjuran Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) bertempat di Dewan Jamuan Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM.
Prof. Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM telah mewakili pihak UTHM bagi menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) yang diwakili oleh Encik Zulikram bin Ramli, Pengerusi Hybrid Selatan.
Sesi menandatangani MoA tersebut turut disaksikan oleh Prof. Madya Dr Mohamad Zaky Noh, Dekan Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi UTHM dan En Muhammad Adhwa Akmal, Setiausaha Koperasi Hybrid Selatan, serta turut dihadiri oleh Dekan-dekan Fakulti / Pusat.
Kerjasama MoA bersama dengan Hybrid Selatan bermula dengan lawatan ke ladang arnab milik Hybrid Selatan di Kampung Sri Jaya, Tangkak, Muar, Johor sekitar 20 Feb 2022 lalu dan beberapa siri perbincangan yang telah diadakan bersama pihak Panel Teknologi Makanan, FAST UTHM. Bidang kerjasama yang meliputi resipi rendang arnab, analisis sensori, fisikokimia, jangka hayat dan pembungkusan telah membawa kepada pelaksanaan MoA yang sehingga kini telah menghasilkan 1 penerbitan di jurnal Enhanced Knowledge in Sciences and Technology (EKST) dan 2 kemenangan pingat perak dalam The International Research and Symposium and Exposition (RISE 2022) dan 34th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2023).
Selain itu, MoA ini juga akan membina kerjasama dalam program kerjasama penyelidikan berkaitan arnab dan teknologi makanan serta lain-lain yang dipersetujui antara kedua-dua belah pihak.
An exciting academic and research collaboration has been established between UTHM and Norman Process Oil Malaysia Plant Sdn. Bhd. (ORGKHIM) at Tunku Tun Aminah Library, UTHM main campus. During this event, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) and Norman Process Oil Malaysia Plant Sdn. Bhd. (ORGKHIM) joined forces to establish a collaborative partnership in academics and research.
UTHM demonstrated its commitment to this collaboration by signing a Memorandum of Understanding (MoU) with ORGKHIM. This MoU signifies their shared goals and aspirations in driving advancements in academics and research.
During the event, the Vice Chancellor of UTHM, Prof. Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim, proudly represented the university. ORGKHIM, on the other hand, was represented by their esteemed Managing Director, Mr. Alexander Borisov. The signing ceremony was witnessed by the Technical Manager of ORGKHIM, Mr. Andrey Romanov.
The MoU signing ceremony, organized by the Faculty of Applied Sciences and Technology (FAST), was attended by several esteemed individuals. Notably, Assoc. Prof. Dr. Mohamad Zaky Noh, the Dean of FAST, was present. Assoc. Prof. Ts. Dr. Muhd. Hafeez bin Zainulabidin attended on behalf of the Dean of the Faculty of Mechanical and Manufacturing Engineering, UTHM, while Assoc. Prof. Dr. Muhammad Ramlee bin Kamarudin, the Director of the International Office, also participated. Additionally, Dr. Abu Ubaidah Shamsudin represented the Director of the Industry Community Relations Centre.
In February 2023, UTHM had the opportunity to visit Norman Process Oils Malaysia Plant Sdn. Bhd. This visit proved to be fruitful as UTHM and ORGKHIM agreed to implement the Memorandum of Understanding (MoU) in various areas of collaboration.
The MoU focuses on key aspects such as the admission of UTHM students, joint supervision programs, and publication initiatives at Norman Process Oils Malaysia Plant Sdn. Bhd. It’s wonderful to see the commitment of both UTHM and ORGKHIM to foster academic and research cooperation in these areas. Notably, ORGKHIM holds the distinction of being the leading Russian manufacturer of “green” aromatic rubber process oils. Their dedication to producing top-quality eco-friendly products is truly commendable.
Program Projek SULAM 2023: SIP & Savour telah berjaya dilaksanakan pada hari Rabu, 5 Julai 2023. Program ini diadakan di sekitar kawasan Blok J, Foyer, Aras 1 dan Kafeteria UTHM Kampus Cawangan Pagoh. Seramai 94 orang mahasiswa/i Tahun 1, 2 dan 3 Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Makanan) dengan Kepujian (BWD) terlibat dalam menjayakan program ini.
Antara tujuan program ini dijalankan adalah untuk berkongsi ilmu berkenaan dengan mengaplikasikan pengetahuan teknologi makanan dalam kehidupan seharian. Selain itu, program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara mahasiswa dan komuniti di sekitar UTHM Kampus Cawangan Pagoh.
Sehubungan dengan itu, diharap program ini mampu memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada komuniti setempat tentang aplikasi teknologi makanan.