SHAPING THE LIVABLE NATURE 4.0
Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.
Program Shaping the Livable Nature 4.0 di Kampung Hujung Tambak Grisek, Gerisek, Johor telah berjaya dijalankan pada 25 Jun 2023. Seramai 49 orang pelajar tahun 2 program Sarjana Muda Sains (Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan) dengan Kepujian telah menyertai program ini.
Objektif utama program ini diadakan bertujuan Mencipta peluang untuk pelajar universiti mengaplikasikan nilai kreativiti dan inovasi dalam membantu komuniti di Kampung Hujung Tambak Gerisek,Johor iaitu dengan memberikan pelajar universiti pengalaman, latihan, dan kemahiran praktikal dalam mencipta produk yang berlandaskan kreativiti dan inovasi bersama komuniti seperti mengurangkan sisa dan menggalakkan amalan mampan dengan mengubah minyak terpakai menjadi sabun dan sisa organik menjadi baja.
Sehubungan dengan itu diharapkan program ini mampu mengeratkan penyertaan komuniti dengan meningkatkan kesedaran tentang
pengurusan sisa, tanggungjawab terhadap alam sekitar, dan manfaat
menggunakan produk mampan.
———————-
“Merakyatkan Sains!”
“FAST Empowering Science and Technology”
Kelab Sains dan Teknologi 2022/2023
Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi
https://linktr.ee/stc_uthmofficial
Last Updated on September 6, 2023