Skip to main content
Official Portal of
Faculty of Applied Sciences and Technology

PROGRAM SULAM 2023: NEXT-GEN HOME OF TOMORROW

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.

Program Next-Gen Home of Tomorrow di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir, Tangkak, Johor telah berjaya dijalankan pada 4 Julai 2023. Seramai 52 orang pelajar tahun 1 program Sarjana Muda Sains (Fizik Gunaan) dengan Kepujian, di bawah bimbingan Dr. Syed Zuhaib Haider Rizvi, Dr. Fahmiruddin bin Esa dan Dr. Nurul Nadia bt Adnan terlibat dalam pelaksanaan program ini.

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan komuniti luar mengenai kepentingan ilmu teori dan praktikal berkaitan STEM serta meningkatkan lagi ilmu pengetahuan mengenai konsep motor, sensor dan pengaturcaraan komputer. Selain itu, program ini juga menekan kemahiran insaniah seperti bakat memimpin, berkomunikasi dan menyampaikan ilmu dengan baik.

Sehubungan dengan itu, diharapkan program ini mampu mengeratkan penyertaan komuniti dengan meningkatkan kesedaran tentang akan kepentingan ilmu sains dan teknologi pada masa kini.

———————-

“Merakyatkan Sains!”

“FAST Empowering Science and Technology”

Kelab Sains dan Teknologi 2022/2023

Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi

https://linktr.ee/stc_uthmofficial

Translate »