PROGRAM : MEDICERAM ACADEMIC PROGRAMME 2023
Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.
Program MediCeram Academic Programme 2023 di MediCeram Sdn. Bhd. PT 1624, Kawasan Perindustrian Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan telah berjaya dijalankan pada 4 Julai 2023. Seramai 14 orang pelajar tahun 3 program Sarjana Muda Sains (Fizik Gunaan) dengan Kepujian, diiringi oleh dua orang Pensyarah (Prof. Madya Dr. Mohamad Zaky Bin Noh dan Ts. Dr. Suhadir Bin Shamsuddin).
Objektif utama program ini diadakan adalah untuk melahirkan graduan yang berilmu dan berpengetahuan dalam bidang sains dan teknologi khususnya dalam bidang seramik. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan lagi daya pemikiran kreatif yang tinggi dalam kalangan pelajar.
Sehubungan dengan itu, diharapkan program ini mampu memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar dengan lebih mendalam melalui proses yang dijalankan dalam industri seramik serta dapat dipraktikkan pada masa hadapan.
———————-
“Merakyatkan Sains!”
“FAST Empowering Science and Technology”
Kelab Sains dan Teknologi 2022/2023
Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi
https://linktr.ee/stc_uthmofficial
Last Updated on September 6, 2023