Projek SULAM 2023: SIP & Savour
Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.
Program Projek SULAM 2023: SIP & Savour telah berjaya dilaksanakan pada hari Rabu, 5 Julai 2023. Program ini diadakan di sekitar kawasan Blok J, Foyer, Aras 1 dan Kafeteria UTHM Kampus Cawangan Pagoh. Seramai 94 orang mahasiswa/i Tahun 1, 2 dan 3 Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Makanan) dengan Kepujian (BWD) terlibat dalam menjayakan program ini.
Antara tujuan program ini dijalankan adalah untuk berkongsi ilmu berkenaan dengan mengaplikasikan pengetahuan teknologi makanan dalam kehidupan seharian. Selain itu, program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara mahasiswa dan komuniti di sekitar UTHM Kampus Cawangan Pagoh.
Sehubungan dengan itu, diharap program ini mampu memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada komuniti setempat tentang aplikasi teknologi makanan.
———————-
“Merakyatkan Sains!”
“FAST Empowering Science and Technology”
Kelab Sains dan Teknologi 2022/2023
Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi
https://linktr.ee/stc_uthmofficial
Last Updated on January 29, 2024