Skip to main content
Official Portal of
Faculty of Applied Sciences and Technology

KERJA LAPANGAN PELAJAR 3BWW KE PUSAT EKO-PELAJARAN HUTAN PAYA LAUT, MATANG KUALA SEPETANG, PERAK

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.

Kerja Lapangan Pelajar Tahun 3 Sarjana Muda Sains (Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan) dengan Kepujian, 3BWW ke Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut, Matang Kuala Sepetang, Perak telah berjaya dijalankan pada 21 Mei 2023. Seramai 9 orang pelajar tahun 3 program Sarjana Muda Sains (Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan) dengan Kepujian telah menyertai program ini dibawah bimbingan Ts. Gs. Dr. Kamarul Rahim bin Kamarudin.

Objektif utama kerja lapangan ini diadakan bertujuan mendedahkan pelajar program ljazah Sarjana Muda Sains (Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan) dengan Kepujian kepada habitat semulajadi bagi memastikan pemahaman yang holistik terhadap pemuliharaan biologi, kesan perubahan alam sekitar kepada biodiversiti, kemajuan teknologi biologi molekul, ekologidaratan dan akuatik.

Sehubungan dengan itu diharapkan program ini mampu memberi pendedahan awal dan pengetahuan kepada pelajar dengan lebih mendalam melalui proses yang dijalankan dalam industri ini serta dapat dipraktikkan pada masa hadapan.

———————-

“Merakyatkan Sains!”

“FAST Empowering Science and Technology”

Kelab Sains dan Teknologi 2022/2023

Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi

https://linktr.ee/stc_uthmofficial

Translate »