Skip to main content
Official Portal of
Faculty of Applied Sciences and Technology

KERJA LAPANGAN PELAJAR 3BWW KE PUSAT TERNAKAN DAN PENETASAN BELANGKAS, SEDILI KECHIL, KOTA TINGGI, JOHOR

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.

Kerja Lapangan Pelajar Tahun 3 Sarjana Muda Sains (Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan) dengan Kepujian, 3BWW (Elective Ecosystem Management) ke Pusat Pertenakan  dan Penetasan Belangkas di Kampung Sedili Kechil, Kota Tinggi telah berjaya dijalankan pada  22 Mei 2023. Seramai 9 orang pelajar tahun tiga program Sarjana Muda Sains (Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan) dengan Kepujian telah menyertai program ini dibawah bimbingan Ts. Gs. Dr. Kamarul Rahim bin Kamarudin.

Objektif utama kerja lapangan ini diadakan bertujuan mendedahkan pelajar program ljazah Sarjana Muda Sains (Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan) dengan Kepujian kepada habitat semulajadi bagi memastikan pemahaman yang holistik terhadap pemuliharaan biologi, kesan perubahan alam sekitar kepada biodiversiti, kemajuan teknologi biologi molekul, ekologidaratan dan akuatik.

Perkara ini juga adalah penting bagi memastikan pelajar mampu menterjemahkan pengetahuan dan teori yang diperolehi di dalam kelas kepada perlaksanaan dan mengaplikasinya di lapangan.

Sehubungan dengan itu diharapkan program ini mampu memberi pendedahan awal dan pengetahuan kepada pelajar dengan lebih mendalam melalui proses yang dijalankan dalam industri ini serta dapat dipraktikkan pada masa hadapan.

———————-

“Merakyatkan Sains!”

“FAST Empowering Science and Technology”

Kelab Sains dan Teknologi 2022/2023

Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi

https://linktr.ee/stc_uthmofficial

Translate »