Siaran bersama IKIM.com
Pada 1 Februari 2024, Prof. Madya ChM. Dr Norhayati Binti Muhammad dari Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi, UTHM, telah dijemput ke sesi perbincangan ilmu slot Resolusi di radio IIKIM.fm. Tajuk yang telah disampaikan oleh Prof. Madya. ChM. Dr Norhayati Muhammad adalah “Pengeringan Tikar Berbusa: Teknik Alternatif Penghasilan Produk Serbuk”.
Dalam perbincangan tersebut, Prof. Madya. ChM. Dr Norhayati Muhammad, seorang pakar dalam bidang Teknologi Makanan dari Jabatan Teknologi dan Sumber Semulajadi, Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi, UTHM, membicarakan teknik alternatif pengeringan tikar berbusa untuk menghasilkan produk serbuk.
Di dalam perbincangan tersebut, fokus telah diberikan kepada definisi, kaedah dan aplikasi teknik pengeringan tersebut.
Teknik alternatif pengeringan tikar berbusa merupakan teknik pengeringan yang sesuai digunakan bagi menukarkan produk makanan berbentuk cecara sepenuhnya atau separa cecair kepada produk akhir berbentuk serbuk. Ia memerlukan kos lebih rendah dan tidak memerlukan kompetensi yang tinggi dalam mengendalikannya berbanding kaedah pengeringan semburan (spray drying) yang sering digunakan pada masa kini. Namun demikain, penggunaan suhu yang tidak terlalu tinggi (50-70°C) dan masa yang sekitar 3-4 jam sahaja mampu mengurangkan kehilangan nutrisi makanan. Justeru, penggunaan teknik ini adalah amat disarankan kepada pengusaha makanan di rumah (home-based), mikro atau kecil yang sedang atau bercadang untuk menghasilkan produk makanan berbentuk serbuk.
Perkongsian ilmu seperti ini memperkukuhkan peranan UTHM dalam menghasilkan profesional yang berdaya saing di sektor teknologi makanan. Hasil perkongsian ini tidak hanya memberi manfaat akademik tetapi juga menyumbang kepada eksplorasi ilmu pengetahuan kepada semua pendengar radio Ikim.
Slot ilmiah ini dibawa oleh kolaborasi di antara iSWAJ UTHM dan Ikim.com. Siaran tersebut boleh ditonton melalui pautan berikut : Slot Resolusi 1 Februari 2024
Last Updated on February 7, 2024