PROJEK “GRAPHTORY” RAIH PENGIKTIRAFAN GEMILANG DI EREKA 2025
Projek inovasi bertajuk “GraphTory: Revolutionizing Product Bundling with Graph Network (ID-613)” telah meraih Anugerah Khas Kluster (Sains Sosial, Perniagaan & Inovasi Pengajaran) serta Pingat Emas dalam Ekspo Penyelidikan, Rekacipta dan Inovasi Kebangsaan (EREKA 2025) anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Projek ini diketuai oleh Ts. Dr. Wan Nor Munirah Ariffin, penyelidik dari Computational Intelligence and Data Science Focus Group, Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), UTHM. Inovasi ini merupakan hasil kerjasama strategik merentasi pelbagai disiplin dan kepakaran dari universiti-universiti berbeza serta pihak industri, dalam usaha menghasilkan solusi berimpak tinggi untuk keperluan semasa.
Ahli pasukan terdiri daripada:
- Dr. Emy Aizat Azimi (Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia)
- Dr. Azrita Mohd Amin (Universiti Malaysia Perlis)
- Prof. Raja Suzana Raja Kasim (Universiti Malaysia Kelantan)
Selain itu, projek ini turut dibantu oleh pelajar Tahun Akhir Sarjana Muda Sains (Statistik Industri) dengan Kepujian, Cik Khairunnisa Muhammad bersama kepakaran dari UniMAP dalam menganalisis data.
Kejayaan ini membuktikan potensi penyelidikan rentas disiplin dalam menghasilkan penyelesaian inovatif yang menyokong keperluan industri, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME). Pihak pasukan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menyokong dan mendoakan kejayaan projek ini.


Last Updated on April 30, 2025