Skip to main content
Official Portal of
Faculty of Applied Sciences and Technology
jar, beaker, lab-1825274.jpg

BACHELOR OF SCIENCE INDUSTRIAL CHEMISTRY WITH HONOURS

Sarjana Muda Sains Kimia Industri dengan kepujian

Sinopsis Program

Penawaran program Sarjana Muda Sains Kimia Industri dengan Kepujian adalah untuk menghasilkan graduan yang berkompeten dan berpegang teguh pada sikap tauhid melalui latihan dan program holistik multidisiplin yang memenuhi keperluan pasaran semasa serta mampu bersaing di peringkat global. Usaha ini akan direalisasikan melalui pelaksanaan tenaga dan optimalisasi kepakaran. 

Bachelor of Science Industrial Chemistry Honours Program offerings is to produce graduates who are competent and tauhidic attitude by training and a holistic multidisciplinary program to meet current market needs and be able to compete globally. This effort is realized with the energy deployment and the optimization of expertise.

Objektif Pendidikan Program

  • PEO1. Kompeten dan inovatif salam menyediakan penyelesaian lestari untuk memenuhi keperluan industri dalam kimia.

    PEO1. Competent and innovative in providing sustainable solutions to fulfill the needs of industry in chemistry.

  • PEO2. Melengkapkan diri dan menyumbangkan ilmu secara berterusan kepada kemajuan komuniti, masyarakat dan negara.

    PEO2. Continuously self-updating and contributing knowledge to the betterment of community, society and nation.

  • PEO3. Berpengaruh dalam organisasi dengan pertimbangan yang tinggi kepada persekitaran dan etika.

    PEO3. Key member in any organisation with high consideration to the environment and ethics.


Syarat Khusus Kemasukan Program

Lepasan STPM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM bagi mata pelajaran berikut:

  • Chemistry dan
  • Mathematics (Technical)/ Biology / Physics / Information and Communication Technology

 DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai Sesi 1 Tahun 2021 atau Band 2 untuk keputusan tahun 2020 dan sebelumnya dalam Malaysian University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan

DAN

Calon TIDAK buta warna dan TIDAK mempunyai ketidakupayaan anggota yang menyukarkan kerja amali.

Lepasan Matrikulasi

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi/ Asasi dalam mata pelajaran berikut:

  • Kimia/ Asasi Kimia dan
  • Matematik/ Biologi/ Fizik/ Pengaturcaraan Komputer

DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai Sesi 1 Tahun 2021 atau Band 2 untuk keputusan tahun 2020 dan sebelumnya dalam Malaysian University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan

DAN

Calon TIDAK buta warna dan TIDAK mempunyai ketidakupayaan anggota yang menyukarkan kerja amali.

Lepasan Diploma

Memiliki Diploma dalam kelompok Diploma Sains/ Diploma Sains Gunaan/ Diploma Kimia Industri/ Diploma Kejuruteraan Kimia / Diploma Kejuruteraan / Diploma Teknologi Kimia/ Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia / Diploma Teknologi Alam Sekitar / Diploma Teknologi Kejuruteraan dari mana-mana Universiti Awam (UA) atau Politeknik atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat sekurang-kurangnya CPA/PNGK 2.50. 

Calon dengan PNGK bawah 2.50 tetapi lebih daripada 2.00 boleh diterima masuk tertakluk pada proses penilaian dalaman yang rapi dan perlu mengikuti program pengukuhan sekiranya ditetapkan oleh UTHM.

DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai Sesi 1 Tahun 2021 atau Band 2 untuk keputusan tahun 2020 dan sebelumnya  dalam Malaysian University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

DAN

Calon TIDAK mempunyai ketidakupayaan anggota yang menyukarkan kerja amali.

Hasil Pembelajaran Program

Pada akhir pengajian, graduan Sarjana Muda Sains (Kimia Industri) dengan Kepujian ini mampu;

 

PLO 1. Menunjukkan pengetahuan dan kemahiran dalam kimia industri. 
PLO 1. Apply adequate knowledge and understanding in industrial chemistry.
PLO 2. Menyelesaikan sebarang masalah yang berkait dengan kimia industri dengan berpandukan pendekatan analitikal yang kreatif dan inovatif.
PLO 2. Resolve any problems in industrial chemistry, analytically with creative and innovative solutions.

PLO 3. Menerapkan pelbagai kaedah dan prosedur penting menggunakan alat terkini untuk menyelesaikan pelbagai masalah saintifik dalam kimia industri. 

PLO 3. Apply a range of essential methods and procedures, using latest tools to solve a broad range of scientific problems in industrial chemistry.

PLO 4. Mempamerkan hubungan yang baik, berinteraksi dengan yang lain dan bekerja dengan efektif dalam memenuhi tugas individu dan kumpulan apabila menangani isu-isu berkaitan dengan Kimia Industri.

PLO 4. Exhibit good relationship, interact with others and work effectively in fulfilling individual and group tasks when tackling issues related to Industrial Chemistry.

PLO 5. Berkomunikasi dan menyampaikan maklumat dengan berkesan dalam bentuk tulisan dan lisan.

PLO 5. Communicate and deliver information effectively in both written and verbal forms.

PLO 6. Menggunakan teknologi maklumat dan media secara meluas untuk menyokong proses pembelajaran.

PLO 6. Use a broad range of information and media technologies to support the learning process.

PLO 7. Mengaplikasikan teknik numerik dan grafik dalam Kimia Industri. 

PLO 7. Incorporate numerical and graphical techniques in Industrial Chemistry.

PLO 8. Mengambil keputusan secara profesional, autonomi dan bertanggungjawab dalam kapasiti pengurusan.

PLO 8. Demonstrate decision making professionally, autonomously and responsibly in managerial capacities.

PLO 9. Meningkatkan pengetahuan secara berterusan dalam bidang kimia industri dan disiplin yang berkaitan.

PLO 9. Engage in continuous enhancement of knowledge in the field of industrial chemistry and related discipline.

PLO 10. Memulakan perancangan kendiri dalam keusahawanan.

PLO 10. Initiate a plan of self-driven entrepreneurship.

PLO 11. Mengenai pasti isu-isu etika, membuat keputusan secara etika, dan bertindak secara profesional dalam pelbagai persekitaran sosial dan profesional.

PLO 11. Identify ethical issues, make decision ethically, and act professionally within the varied social and professional environment.

Head of Programme

email : salizaa@uthm.edu.my

history, clock, record-6534506.jpg
Tempoh Pengajian

Minimum : 4 Tahun (8 Semester panjang)

Maksimum : 8 Tahun (16 Semester panjang)

interview, job, icon-1018332.jpg
Mod Pengajian

Mod Industri (3u1i)

icon, graduation, school-6931522.jpg
Jam Kredit

127 Jam Kredit

Peluang Kerjaya
  • Ahli Kimia (Chemist)
  • Juruteknik atau Eksekutif Kawalan Kualiti (QC) / Jaminan Kualiti (QA)
  • Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (EHS / HSE Officer)
  • Eksekutif Alam Sekitar / Pengurusan Sisa
  • Penyelidik / Pembantu Penyelidik (Research Assistant/Scientist)
  • Pegawai Proses / Jurutera Proses (Process Officer/Engineer)
  • Pegawai Kualiti ISO / Halal / GMP
  • Pendidik / Pensyarah / Guru Kimia
  • Pegawai Jualan Teknikal / Produk (Technical Sales Executive)
  • Ahli Forensik

          Struktur Kurikulum

          Permohonan Kemasukan

          Kemasukan September melalui UPU untuk STPM/Matriks/Setaraf

          Kemasukan untuk calon lepasan diploma 

          Translate »