Pantri Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) Berwajah Baharu
Seiring dengan pelaksanaan Kempen Keberadaan Staf di Pejabat yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) telah mengambil inisiatif menaik taraf kemudahan pantri fakulti sebagai usaha mewujudkan suasana kerja yang lebih kondusif, selesa dan menyokong kesejahteraan staf.
Pada 24 April 2025, Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Naib Canselor UTHM, Prof. Dato’ Ir. Ts. Dr. Ruzairi bin Abdul Rahim, diiringi oleh YBhg. Provost Kampus Cawangan Pagoh, Prof. Madya Dr. Afandi bin Ahmad, ke pantri fakulti yang telah diberi nafas baharu.

Usaha penaiktarafan ini merupakan sebahagian daripada Kempen Keberadaan Staf di Pejabat, yang giat dilaksanakan oleh pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UTHM. Inisiatif ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif, selesa dan menyokong kesejahteraan warga universiti.
Penambahbaikan pantri ini dilaksanakan dengan matlamat berikut:
- Menyediakan ruang makan yang selesa bagi staf yang membawa bekal.
- Menggalakkan kehadiran dan keberadaan staf di pejabat.
- Menjimatkan masa staf daripada perlu keluar membeli makanan.
- Meningkatkan interaksi sosial dan semangat berpasukan dalam kalangan warga kerja.
- Mewujudkan suasana kerja yang lebih fokus dan produktif.





Fakulti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Naib Canselor dan YBhg. Provost atas kesudian hadir serta sokongan yang amat bermakna terhadap usaha pembangunan kesejahteraan staf.
Warga FAST dijemput untuk terus memanfaatkan dan menghidupkan ruang pantri ini dengan aktiviti yang membina serta pengisian yang bermanfaat, demi kecemerlangan bersama.












Last Updated on September 24, 2025