Mathplorace 2024
10 Oktober 2024 | Mathplorace 2024, yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kemudahan Gunasama (MPH), Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan seramai 47 ahli jawatankuasa. Program ini dianjurkan oleh pelajar Tahun 3 Sarjana Muda Sains (Matematik Teknologi) dengan kepujian dan disertai oleh 139 pelajar dari Tahun 1, 2, dan 3, serta 8 pensyarah dari Jabatan Matematik dan Statistik. Objektif utama program ini adalah untuk merapatkan ukhuwah serta mengeratkan hubungan antara peserta.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan, yang berteraskan komunikasi dan toleransi antara peserta. Selain itu, terdapat juga aktiviti yang diselitkan dengan unsur matematik seperti penyelesaian masalah algebra linear, penambahan dan penolakan, serta kestabilan. Acara dimulakan dengan sesi “Warming Up” yang turut disertai oleh para pensyarah, diikuti dengan acara “Ice Breaking”. Pembahagian kumpulan dilakukan secara rawak bagi menggalakkan semua pelajar berkomunikasi dan bekerjasama dalam usaha memenangi hadiah yang disediakan.
Program ini telah dibimbing oleh Dr. Norzuria Binti Ibrahim dan Prof. Madya Dr. Hamizah Binti Mohd Safuan dari Jabatan Matematik dan Statistik. Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Prof. Madya Ts. Chm. Dr. Hatijah Basri, Dekan Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi.
Program ini berjaya menggabungkan elemen matematik dengan aktiviti interaktif dan kolaboratif, sekali gus mewujudkan suasana yang menyeronokkan untuk pelajar mengaplikasikan pengetahuan matematik mereka sambil memperkukuhkan semangat persahabatan dalam kalangan peserta.
Last Updated on October 15, 2024