Skip to main content
Official Portal of
Faculty of Applied Sciences and Technology

Majlis Perpisahan Pelajar Mobiliti FAST dan Lawatan Tapak ke Taman Herba Nasuha, Pagoh

18 Januari 2024 – Majlis Perpisahan dan Lawatan Tapak ke Taman Herba Nasuha, Pagoh telah diadakan bertujuan untuk meraikan 4 orang pelajar Universitas Gadjah Mada (UGM), Indonesia yang telah mengikuti program mobiliti berkredit sepanjang semester 1 sesi 2023/2024 di Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), UTHM. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan budaya tempatan melalui tumbuhan herba di Malaysia.

Majlis perpisahan ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Dekan FAST, Timbalan-timbalan Dekan FAST, Ketua Program BWW, penyelaras mobiliti, pensyarah-pensyarah, staf-staf pelaksana,  dan 8 orang buddies yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi UTHM. Program mobiliti berkredit UTHM-UGM ini telah dilaksanakan bermula pada tahun 2018 sehingga kini. Diharap program seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama dua hala di antara UTHM dan UGM seterusnya mempromosikan UTHM dan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Last Updated on January 19, 2024

Translate »