Majlis Makan Malam Penghargaan Kepelbagaian Biologi 2019/2020

Ahad, 5 Januari 2020 – Panel Bidang Sumber Semulajadi, Jabatan Teknologi dan Sumber Semulajadi, Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan majlis Makan Malam Penghargaan Kepelbagaian Biologi 2019/2020 pada 19 Disember 2019 yang lalu bertempat di Foyer Blok A1, UTHM kampus Pagoh, Muar. Saudara Muhammad Shawal Bin Shafiee telah bertindak sebagai pengarah program dengan dibantu oleh barisan ahli jawatankuasa yang rata-rata terdiri daripada para pelajar tahun satu program Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan (1BWW).

Majlis tersebut telah diadakan untuk meraikan para pelajar tahun akhir program Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan (4BWW) sebelum mereka meninggalkan kampus untuk menjalani latihan industri di semester akhir pengajian mereka. Dalam masa yang sama, majlis turut meraikan lapan pelajar tahun tiga dari Fakultas Biologi, Universitas Gadjah Mada (UGM), Jogjakarta, Indonesia yang bakal mengakhiri program pertukaran pelajar oleh Panel Bidang Sumber Semulajadi khususnya dan FAST amnya (iaitu Program Mobiliti Berkredit Inbound).

Majlis telah dirasmikan oleh Dekan FAST iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Kamarulzaki Bin Mustafa. Turut hadir ialah Dr. Hamizah Binti Mohd Safuan, Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa) FAST serta para pensyarah Panel Bidang Sumber Semulajadi termasuklah penasihat program majlis Makan Malam Penghargaan Kepelbagaian Biologi 2019/2020 iaitu Ts. Dr. Kamarul Rahim bin Kamarudin. Majlis dimeriahkan lagi dengan beberapa persembahan daripada para pelajar program Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan yang telah menonjolkan bakat-bakat istimewa mereka dalam bidang seni suara, seni tarian, seni mempertahankan diri serta beberapa kemahiran lain.

Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun berikutnya, dan ia juga merupakan sebagai salah satu usaha memperkukuhkan lagi hubungan baik yang telah sedia terjalin di antara UTHM dan UGM melalui Program Mobiliti Berkredit Inbound.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three + eight =

Contact Us

For any enquiries, please feel free to contact us by sending an email to fast@uthm.edu.my

Address: Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi, UTHM Kampus Pagoh, KM1, Jln Panchor, 84600 Muar, Johor


© 2020 Faculty of Applied Sciences and Technology, UTHM.  Last updated: 07 July 2020