
Lawatan Pemantauan Pelajar WBL Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi UTHM ke Mahidol University, Thailand
24 Februari 2025 – Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan lawatan pemantauan pelajar Work-Based Learning (WBL) bagi Program Sarjana Muda Kimia Industri dengan Kepujian (BWK) ke Department of Microbiology, Faculty of Medicine, Siriraj Hospital, Mahidol University, Thailand.
Lawatan ini telah diketuai oleh ChM. Dr. Saliza binti Asman, Penyelia WBL Fakulti, bersama ChM. Dr. Mohammad Arif Budiman bin Pauzan, Penyelaras MoU. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memantau perkembangan pelajar UTHM, Vyranath a/l Ko Mon, yang sedang menjalani latihan industri di universiti terkemuka tersebut.
Sepanjang lawatan, delegasi UTHM berpeluang berbincang dengan pihak universiti serta menyaksikan sendiri kemudahan dan suasana pembelajaran di sana. Lawatan ini turut bertujuan untuk mengukuhkan lagi kerjasama strategik antara UTHM dan Mahidol University dalam meningkatkan kualiti pembelajaran berasaskan industri. Lawatan pemantauan ini turut menegaskan komitmen UTHM dalam memastikan kebajikan dan perkembangan akademik pelajar sentiasa terpelihara, selaras dengan aspirasi universiti untuk melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.


Last Updated on March 19, 2025