6 Pensyarah FAST UTHM Terlibat Dalam Program STI1003: Perkongsian Ilmu STEM Bersama Murid Sekolah
Muar, 7 Julai – Program STI1003 anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah dilaksanakan di beberapa buah sekolah sekitar Muar dan Tangkak, sebagai usaha untuk meningkatkan minat murid terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pendekatan perkongsian ilmu secara langsung bersama saintis tempatan.
Program ini merupakan inisiatif yang menghimpunkan 100 orang saintis tempatan ke 100 buah sekolah dalam tempoh 100 hari, dengan matlamat memberi inspirasi, menyemai minat, dan meningkatkan pemahaman murid terhadap bidang STEM melalui aktiviti interaktif serta perkongsian pengalaman profesional.
Seramai 6 orang pensyarah dari Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), UTHM telah dijemput untuk berkongsi ilmu STEM berdasarkan kepakaran masing-masing, sekaligus menarik minat pelajar terhadap bidang ini:
- Ts. Dr. Furzani binti Pa’ee – Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir
- Dr. Nurul Nadia Adnan – Sekolah Kebangsaan Panchor
- Dr. Fahmiruddin bin Esa – Sekolah Kebangsaan Paya Redan
- Dr. Mohamad Zulhafiz Shafiq bin Zulhilmi Cheng – SMK Tengku Temenggong Ahmad
- Ts. Gs. Dr. Kamarul Rahim bin Kamarudin – SMKA Maahad Muar
- Prof. Ts. Dr. Mohd Kamarulzaki bin Mustafa – Sekolah Kebangsaan Lenga
Keterlibatan para pensyarah ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara institusi pengajian tinggi dan sekolah, malah memberi peluang kepada murid untuk melihat aplikasi sebenar sains dalam kehidupan dan kerjaya. Diharapkan, usaha ini dapat menyemai minat yang mendalam terhadap bidang STEM dan melahirkan lebih ramai saintis muda pada masa akan datang.








Last Updated on September 24, 2025