Skip to main content
Official Portal of
Faculty of Applied Sciences and Technology

10 Pelajar FAST UTHM Sertai Program Mobiliti Antarabangsa di Thailand!

10 Pelajar FAST UTHM Sertai Program Mobiliti Antarabangsa di Thailand!
πŸ“ Prince of Songkla University, Thailand
πŸ“… 4 – 10 Mei 2025

Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), UTHM terus mengorak langkah ke peringkat global apabila 10 pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Makanan) menyertai program mobiliti antarabangsa di Prince of Songkla University (PSU), Thailand.

Dengan tema “Next-Gen Fruit and Vegetable Processing: From Conventional Methods to Novel Innovations”, pelajar didedahkan kepada teknologi pemprosesan makanan terkini seperti plasma sejuk, HPP, dan teknik inovatif lain selain kaedah konvensional.

Program ini juga merangkumi aktiviti amali, lawatan ke ladang buah salak, pasar tempatan, kilang makanan serta institusi penyelidikan PSU. Ia bukan sahaja memberi pendedahan industri, malah memperkukuh jaringan antarabangsa dan kefahaman rentas budaya.

Program ini tidak akan berjaya tanpa sokongan penuh Pejabat Antarabangsa (IO) UTHM yang menyediakan bantuan kewangan dan logistik sepanjang mobiliti ini. Terima kasih atas komitmen dan kerjasama erat dalam menjayakan inisiatif global ini! πŸ™πŸŒ

Prof. Ts. Dr. Mohd Fadzelly Abu Bakar selaku Penyelaras Mobiliti UTHM menegaskan bahawa program ini adalah platform penting untuk membentuk pelajar berdaya saing global. Majlis penutup turut diserikan dengan penyampaian sijil dan lawatan kebudayaan sekitar Songkhla.

πŸ‡ΉπŸ‡­πŸ€πŸ‡²πŸ‡Ύ πŸ“Έ Saksikan sorotan sepanjang program dalam galeri gambar kami!

Last Updated on September 24, 2025

Translate Β»