PROGRAM LAWATAN KE YAKULT MALAYSIA FACTORY SEREMBAN DAN VITAGEN SDN BHD
Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.
Program Lawatan ke Yakult Malaysia Factory dan Vitagen Sdn. Bhd telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 21 Jun 2023. Seramai 58 orang pelajar Tahun 3 Sarjana Muda Sains (Teknologi Makanan) dengan Kepujian telah terlibat dalam program lawatan ini.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai operasi penghasilan teknologi minuman dan teknologi produk susu dan tenusu di Malaysia. Program lawatan ini juga memberi peluang kepada para pelajar untuk mengaplikasikan ilmu berkaitan teknologi minuman dan teknologi produk susu dan tenusu di Malaysia.
Sehubungan dengan itu, diharap program ini akan dapat dijalankan lagi pada masa hadapan agar pemahaman pelajar terhadap teknologi ini dapat difahami dengan lebih jelas.
———————-
“Merakyatkan Sains!”
“FAST Empowering Science and Technology”
Kelab Sains dan Teknologi 2022/2023
Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi
https://linktr.ee/stc_uthmofficial
Last Updated on September 6, 2023