Penerima Anugerah Projek Sarjana Muda (PSM) Terbaik FAST berkongsi tips dan strategi

Oleh: Dr Furzani binti Pa’ee

Pada istiadat konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang ke-20 baru-baru ini, pelajar Sarjana Muda Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan dengan Kepujian (BWW) daripada Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) telah terpilih untuk menerima Anugerah Projek Sarjana Muda (PSM) terbaik di peringkat fakulti.

Pelajar yang diberi nama, Lee Tze Jien yang juga penerima Anugerah Naib Canselor merupakan pelajar PSM di bawah seliaan Dr Nor Atiqah Norazlimi selama 2 semester. Pelajar ini yang lebih gemar dipanggil sebagai Jien telah memilih tajuk PSM ‘Potential of Avitourism in the Forested Area of Pulau Tinggi, Johor’ yang sememangnya merupakan pilihan pertama beliau kerana minat beliau yang begitu mendalam di dalam kajian mengenai burung. Penyelia beliau, Dr Nor Atiqah juga sememangnya mempunyai minat dan kepakaran di dalam bidang yang sama juga.

Melihatkan pencapaian beliau yang amat luar biasa, maka Jawatankuasa Projek Sarjana Muda Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi di bawah pimpinan Profesor Madya Dr Rosmila Abdul Kahar telah mengambil inisiatif untuk mengadakan sesi perkongsian ilmu bersama-sama dengan pelajar tersebut berserta penyelia PSM beliau. Sesi tersebut yang diberi nama ‘A BDP To Remember’ telah di adakan pada 3 Disember 2020 secara maya di platform Zoom di mana sesi tersebut telah di pengerusi kan oleh Dr Furzani binti Pa’ee sebagai moderator. Dengan kehadiran seramai lebih daripada 200 orang pelajar Tahun 3 Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi dan bakal penyelia PSM, sesi tersebut telah berlangsung selama hampir 2 jam.

Di dalam sesi perkongsian tersebut, Dr Nor Atiqah ada memberikan beberapa tips dan nasihat kepada para pelajar Tahun 3 yang bakal menempuh perjalanan PSM pada semester hadapan. Di antaranya, “pelajar sebaiknya memberikan komitmen yang penuh, bekerja keras, berdikari dan menepati masa sekiranya ingin berjaya di dalam menyelesaikan PSM ini” kata Dr Nor Atiqah. Beliau juga sebelum mengakhiri slot, beliau sempat memberikan nasihat kepada para pelajar supaya beretika di dalam menyelesaikan sesuatu perkara supaya karakter itu dapat diterapkan dan diteruskan sehingga ke alam pekerjaan nanti.

Manakala, pelajar Jien juga ada menambah beberapa tips dan strategi dari sudut pandangan dan pengalaman seorang pelajar. Beliau menambah “ambil tahu semua tarikh-tarikh penting untuk mengelakkan kita membuat dan menghantar kerja pada saat-saat akhir”. Beliau juga memberikan nasihat kepada para pelajar supaya menghormati penyelia dan untuk cuba menikmati setiap pengalaman ketika menyelesaikan PSM kerana pengalaman-pengalaman tersebut adalah sangat berguna ketika latihan industri atau ketika di alam pekerjaan nanti.

Selesai sesi perkongsian tersebut, kedua-dua panel jemputan telah dihujani dengan pelbagai pertanyaan mahupun pujian dan ini menunjukkan bahawa para pelajar Tahun 3 sangat terkesan dengan perkongsian yang telah diberikan dan sedikit sebanyak memberikan mereka motivasi untuk menjadi yang terbaik juga.

Diharapkan program-program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan sama ada secara bersemuka atau secara maya kerana impaknya yang luar biasa mampu memberikan inspirasi kepada para pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh dan menanam minat yang mendalam di dalam bidang penyelidikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 − five =

Contact Us

For any enquiries, please feel free to contact us by sending an email to fast@uthm.edu.my

Address: Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi, UTHM Kampus Pagoh, KM1, Jln Panchor, 84600 Muar, Johor


© 2020 Faculty of Applied Sciences and Technology, UTHM.