
Pelajar FAST UTHM raih biasiswa antarabangsa berprestij IFT Amerika Syarikat
Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi, FAST UTHM dengan bangga mengucapkan tahniah kepada Noor Aliah Ahmad Razi, pelajar tahun ketiga Program Sarjana Muda Sains (Teknologi Makanan) dengan Kepujian, atas kejayaan menjadi penerima tunggal Biasiswa PepsiCo–Institute of Food Technologists (IFT), Amerika Syarikat bernilai USD6,000! ![]()
Sebagai sebahagian daripada anugerah ini, beliau turut berpeluang menyertai IFT FIRST: Annual Event & Expo di Chicago serta melawat ibu pejabat korporat PepsiCo — satu pengalaman global yang membanggakan!
Pencapaian ini membuktikan kurikulum Program Teknologi Makanan UTHM diiktiraf di peringkat antarabangsa. Teruskan berinovasi demi kelestarian dan keselamatan makanan negara! ![]()
Pautan berita lanjut: https://news.uthm.edu.my/…/pelajar-uthm-raih-biasiswa…/
Tahniah, Noor Aliah!

Last Updated on July 28, 2026