Skip to main content
Official Portal of
Faculty of Applied Sciences and Technology

PAMERAN STEM @ SMK TUN SRI LANANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Program Pameran STEM Komuniti telah berjaya dianjurkan oleh Exco Kebajikan & Kesukarelawanan, Majlis Kepimpinan Pelajar (MKP) dengan kerjasama Science and Technology Club (STC) Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) bertempat di SMK Tun Sri Lanang, Tangkak pada 21 Jun 2023.

Seramai 3 orang pesyarah FAST iaitu Ts. Gs. Dr. Kamarul Rahim Bin Kamarudin, Dr. Fahmiruddin Bin Esa, dan Ts. Dr. Suhadir Bin Shamsuddin serta 13 ahli jawatankuasa STC turut terlibat dalam pelaksanaan pameran STEM.

Antara pengisian pameran serta bahan yang dipamerkan ialah:

Jabatan Fizik dan Kimia (JFK)

🟦 Arduino car

🟦 Mechanical animal

🟦 Solar car

Jabatan Matematik dan Statistik (JMS)

🟩 Mini games dan quiz

🟩 Python coding

Jabatan Teknologi dan Semulajadi (JTS)

🟥 Produk makanan hasil inovasi pelajar dan pesyarah Food Technology

🟥 DJI Tello drone

🟥 DJI Mini drone

🟥 PowerDolphin water drone

Sehubungan dengan itu, diharapkan program ini mampu memberikan pendedahan yang lebih mendalam kepada para pelajar berkaitan dengan Science, Technology, Engineering dan Mathematics (STEM) yang merupakan salah satu dasar pendidikan dan pilihan kurikulum institusi pendidikan dalam mengembangkan potensi dan minat pelajar dalam bidang sains dan teknologi.

Translate »