MESYUARAT PENYELARASAN BAGI MEMPROMOSIKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KIMIA INDUSTRI (3u1i)

Pada 5 Oktober 2020, satu mesyuarat telah diadakan di antara panel kimia Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) dan Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat UTHM bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 2, Perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM Batu Pahat. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat UTHM Prof Madya Ts Dr Raja Zuraidah Raja Mohd Rasi, turut disertai Ketua Jabatan Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat UTHM Prof Madya Ts Dr Elmy Johana Mohamad, Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa FAST juga pensyarah-pensyarah panel kimia FAST. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan dan meminta pandangan mengenai strategi dalam mempromosikan program Sarjana Muda Sains Kimia Industri (3u1i). Perbincangan yang berlangsung selama 3 jam telah berjaya menemui beberapa kata sepakat yang mana input tersebut penting bagi mempromosikan program Sarjana Muda Sains Kimia Industri (3u1i) FAST.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four + three =

Contact Us

For any enquiries, please feel free to contact us by sending an email to fast@uthm.edu.my

Address: Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi, UTHM Kampus Pagoh, KM1, Jln Panchor, 84600 Muar, Johor


© 2020 Faculty of Applied Sciences and Technology, UTHM.