Skip to main content
Official Portal of
Faculty of Applied Sciences and Technology

MAJLIS MAKAN MALAM BWC (FIZIK GUNAAN)

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.

Majlis Makan Malam Tahunan BWC 2023 yang bertempat di Seri Chendana Ballroom and Cafe, Ayer Keroh, Melaka, telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 1 Jun 2023. Seramai 154 orang pelajar dan alumni program Sarjana Muda Sains (Fizik Gunaan) dengan Kepujian telah menghadiri majlis makan malam ini.

Majlis Makan Malam BWC ini dianjurkan oleh pelajar tahun dua dan dibantu oleh pelajar tahun pertama Sarjana Muda Sains (Fizik Gunaan) dengan Kepujian.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi, semangat kerjasama serta mengasah kemahiran memimpin di kalangan pelajar. Selain itu juga, program ini merupakan salah satu platform bagi pelajar, pensyarah, staf akademik serta alumni Sarjana Muda Sains (Fizik Gunaan) dengan Kepujian untuk merapatkan lagi ukhuwah.

Sehubungan dengan itu diharapkan program ini akan terus dijalankan pada masa hadapan agar jalinan ukhuwah ini tidak akan terputus.

———————-

“Merakyatkan Sains!”

“FAST Empowering Science and Technology”

Kelab Sains dan Teknologi 2022/2023

Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi

https://linktr.ee/stc_uthmofficial

Translate »