Skip to main content
Official Portal of
Faculty of Applied Sciences and Technology

LAWATAN INDUSTRI PELAJAR BWK KE SYARIKAT AJINOMOTO MALAYSIA BERHAD MANUFACTURING

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.

Program Lawatan Industri Pelajar Sarjana Muda Sains (Kimia Industri) dengan Kepujian (BWK) ke Syarikat Ajinomoto Malaysia Berhad Manufacturing di Negeri Sembilan telah berjaya dijalankan pada 15 Jun 2023. Seramai 46 orang pelajar tahun 2 program Sarjana Muda Sains (Kimia Industri) dengan Kepujian, di bawah bimbingan Dr. Shakila Binti Abdullah dan Dr. Mohammad Arif Budiman Bin Pauzan yang terlibat dalam melaksanakan program ini.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang Kursus Unit Proses dan Operasi Kimia Industri (BWK20603) sekaligus untuk memberikan peluang dan pendedahan tentang kemahiran amali dalam industri kepada mahasiswa/i.

Sehubungan dengan itu diharapkan program ini mampu memberi pendedahan awal dan pengetahuan kepada pelajar dengan lebih mendalam melalui proses yang dijalankan dalam industri ini serta dapat dipraktikkan pada masa hadapan.

———————-

“Merakyatkan Sains!”

“FAST Empowering Science and Technology”

Kelab Sains dan Teknologi 2022/2023

Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi

https://linktr.ee/stc_uthmofficial

Last Updated on August 4, 2023

Translate »