LAWATAN INDUSTRI PELAJAR BWD KE NASUHA HERBS AND SPICE FARM
Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.
Program Lawatan Industri Pelajar Sarjana Muda Sains (Teknologi Makanan) dengan Kepujian (BWD) ke Nasuha Herbs and Spice Farm, Muar di bawah kursus Teknologi Lepas Tuai (BWD21402) telah berjaya dijalankan pada 7 dan 8 Jun 2023. Seramai 71 orang pelajar tahun dua program Sarjana Muda Sains (Teknologi Makanan) dengan Kepujian, di bawah bimbingan Dr. Shahidah Binti Md. Nor yang terlibat dalam melaksanakan program ini.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang subjek Teknologi Lepas Tuai (BWD21402) sekaligus untuk memberikan pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar supaya memahami cara pengendalian herba dan rempah ratus yang diamalkan di ladang bagi membolehkan produk yang dihasilkan mempunyai jangka masa yang lama untuk dikomersialkan kepada masyarakat.
Sehubungan dengan itu diharapkan program ini mampu memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar dengan lebih mendalam tentang cara pengendalian herba dan rempah ratus selari dengan Course Learning Outcome (CLO) bagi kursus yang diambil oleh pelajar.
———————-
“Merakyatkan Sains!”
“FAST Empowering Science and Technology”
Kelab Sains dan Teknologi 2022/2023
Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi
https://linktr.ee/stc_uthmofficial
Last Updated on August 4, 2023