LAWATAN INDUSTRI PELAJAR BWD KE KILANG BERYL’S CHOCOLATE & CONFECTIONERY SDN. BHD.
Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.
Program Lawatan Industri Pelajar Sarjana Muda Sains (Teknologi Makanan) dengan Kepujian (BWD) ke Kilang Beryl’s Chocolate & Confectionery Sdn. Bhd. di bawah kursus Teknologi Pemprosesan dan Pengawetan Makanan (BWD21803) telah berjaya dijalankan pada 13 Jun 2023. Seramai 66 orang pelajar tahun dua program Sarjana Muda Sains (Teknologi Makanan) dengan Kepujian, di bawah bimbingan Dr. Nur Hafizah Binti Malik yang terlibat dalam melaksanakan program ini.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberikan peluang kepada para pelajar bagi memperkaya serta mempraktikkan ilmu berkaitan teknologi pemprosesan dan pengawetan makanan yang telah dipelajari di dalam kuliah untuk dipraktikkan di alam pekerjaan serta memberikan peluang dan pendedahan awal kepada para pelajar dalam
mendalami ilmu dan praktikal berkaitan teknologi yang diaplikasikan dalam industri pemprosesan dan pengawetan makanan di Malaysia.
Sehubungan dengan itu diharapkan program ini mampu memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar dengan lebih mendalam mengenai operasi bagi pemprosesan dan pengawetan makanan di Malaysia selari dengan Course Learning Outcome (CLO) bagi kursus yang diambil oleh pelajar.
———————-
“Merakyatkan Sains!”
“FAST Empowering Science and Technology”
Kelab Sains dan Teknologi 2022/2023
Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi
https://linktr.ee/stc_uthmofficial
Last Updated on August 4, 2023