Skip to main content
Official Portal of
Faculty of Applied Sciences and Technology

GOTONG-ROYONG BERSAMA KOMUNITI SUNGAI PANCHOR

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.

Program khidmat masyarakat, Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM), Gotong-royong bersama komuniti Sungai Panchor untuk subjek Kreativiti dan Inovasi (BWU10202) serta Rawatan Air dan Sisa Air Industri (BWK 20702) telah berjaya dijalankan pada 17 Jun 2023. Seramai 24 orang pelajar tahun 2 program Sarjana Muda Sains (Kimia Industri) dengan Kepujian dan lebih kurang 50 orang peserta terlibat dalam pelaksanaan program ini di bawah bimbingan Ts. ChM. Dr. Zalilah Murni binti Mat Ali @ Yunus, Dr. Syazwan Hanani binti Meriam Suhaimy, dan Dr. Muhammad Arif Budiman Bin Pauzan.

Program SULAM ini dijalankan di Sungai Panchor, Muar, Johor dengan kerjasama Ketua Masyarakat dan Penghulu Sungai Panchor iaitu Encik So Kwee Min dan Encik Hj Mohamad Saujana Besemu. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan keprihatinan dan komitmen mahasiswa dan penduduk tempatan terhadap kebersihan, keindahan serta keceriaan serta menghargai alam sekitar kawasan kampung Jawa dan sungai Panchor.

Sehubungan dengan itu, diharapkan program ini mampu menerapkan semangat kerjasama dan semangat perpaduan dalam berorganisasi demi merealisasikan misi dan visi organisasi UTHM.

———————-

“Merakyatkan Sains!”

“FAST Empowering Science and Technology”

Kelab Sains dan Teknologi 2022/2023

Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi

https://linktr.ee/stc_uthmofficial

Last Updated on September 6, 2023

Translate »